Wednesday, April 4, 2012

Beruntungnya Mereka Yang Diuji!



Sudah lama tidak mengupdate blog. Bersawang sudah.. Saya yang tidak pandai mengurus masa menulis mungkin kerana pada saya, masa yang ada saya cuba fokuskan untuk pembacaan dan penulisan phd saya lantaran ‘aim’ untuk menghabiskannya dalam masa 3 tahun. Syarat UM untuk grad Phd dengan perlu menerbitkan sekurang-kurangnya satu jurnal bertaraf ISI atau 2 jurnal bertaraf A dan B (mengikut fakulti) dan membentangkan ke 2 seminar sekurang-kurangnya membuatkan saya rasa sayang dengan masa yang ada untuk menulis perkara lain panjang-panjang.

Namun begitu, hati tetap ingin menulis dan akan menulis bagi berkongsi rasa dan ilmu 

“Salam awak, cemana awak kumpul kekuatan masa Fatimah pergi” sms sahabat akrab di pagi hari membuatkan saya sayu. Perasaan sedih dan rasa rendah diri kerana istilah ‘kekuatan’ yang dinyatakan. Rasa lemah, sedih dan sayu sentiasa ada dalam hati ketika itu. Perasaan mengapa selalu juga bertandang dalam hati, namun cepat-cepat beristighfar. Kerana aku banyak dosakah? Kerana aku tidak pandai jaga anakkah? Kerana itu dan ini kah? Dalam kereta, di rumah dan di mana-mana sahaja apabila teringat pasti akan menitis air mata.

Mungkin kerana itu juga, perasaan akan mudah tersentuh sekiranya ada sahabat dan kawan yang dikenali kehilangan anak. Siapa yang berasa dan mengalaminya, dia akan tahu pedihnya.

Suatu hari, seorang adik junior semasa di UM dan rakan serumah semasa belajar pm saya di FB bertanya free tak dia nak call. Then bertanya soalan yang sama. Semasa bercakap di telefon, dia menangis. Saya katakan padanya “ menangislah puas-puas, takpa”.

“Kita tak kuat mana,dulu pun ada terfikir camtu, sebab kita banyak dosa agaknya. Memang ujian penghapus dosa dan Allah akan tingkatkan iman bila kita bersabar. Awak kene fikir, kalau harta tiada dengan kita di dunia ni, dia dah ada di akhirat nanti, akan tolong kita di sana, hadapan Allah. Then kita kene baik sangka dengan Allah, Allah akan bagi yang lebih baik akan datang. Kita akan lagi dekat dengan Allah dengan apa yang berlalu. Buat kita muhasabah untuk perbaiki hati dan segala amalan kita. Segala yang berlaku dan akan berlaku dalam pengetahuan Allah dan Allah uji sebab Dia sayang kita.” Begitulah sms reply saya kepada sahabat. Semuanya sangat banyak hikmah apabila difikir-fikir.

“ Akak, anak akak pergi masa 4 bulan kan? Cuba akak bayangkan perasaan mak dan ayah saya, akak saya meninggal masa umur 23 tahun, lagi banyak masa bersama kan..” saya memang mengiyakan. Masing-masing manusia di muka bumi Allah ini diuji, lagi hebat, berat dari kita.. dan…

Beruntunglah mereka yang diuji dan bersabar, redha…