Thursday, August 12, 2010

3 Tahniah!


Alhamdulillah, syukur pada Allah yang telah memberikan umur di bulan Ramadhan ini, mudah-mudahan dapat memperbaiki dan menambah amal serta mendapat keampunan dari Allah..

Berkongsi kepada pembaca dan sahabat-sahabat semua semasa mendengar tazkirah Ramadhan dari Ustaz Ramadhan :) ( terlupa membawa pen dan buku) - hanya ingat di kepala:

Di bulan Ramadhan ini, ada 3 perkara yang perlu kita hayati dan muhasabah serta amalkan. Antaranya :-

1. Bulan Ramadhan sebagai tempat transformasi diri. Allah sangat-sangat penyayang dan pengampun, betapa banyak mana pun dosa kita, apabila meminta ampun dan bertaubat dengan sebenarnya, Allah pasti mengampunkan dan menerima kita. Bagi diri kita, mari muhasabah selalu, terutamanya bulan ini, bulan yang Allah gandakan pahala, bulan penuh belas kasihan Allah " Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah akan ampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." Betapa kasihnya Allah kepada hamba-hambaNya! Mari kita muhasabah, kita sebagai isteri, kita sebagai suami, sebagai ayah, sebagai anak, adakah telah menyempurnakan tugasan dan amanah yang Allah berikan. Tentunya kita tidak perfect, terlalu banyak kesalahan yang kita telah lakukan, bulan ini, jangan malu dan segan, mari transformasi diri dan terus istiqomah di bulan-bulan mendatang.

2. Bulan Ramadhan sebagai tempat memperkukuhkan institusi keluarga. Bulan inilah bulan untuk kita sama-sama berbuka, sama-sama bersahur dan beribadah dengan keluarga. Kalau dahulu, jarang-jarang benar berjamaah dengan keluarga, makan bersama dek kerana kesibukan kerja dan sebagainya, bulan Ramadhan inilah, bulan untuk merapatkan hubungan dengan isteri, suami dan anak-anak. dapat duduk semeja dengan mereka, berdoa bersama-sama. Bersahur bersama dan bertarawikh bersama. satu perkara, apabila seorang ayah yang ingin cepat ke masjid untuk bertarawikh hingga meninggalkan anak-anaknya yang ada peperiksaan keesokan harinya, lebih afdhal sekiranya seorang ayah itu menunaikan tarawikh di rumah berjemaah bersama ahli keluarganya supaya tiada yang tertinggal merebut peluang mendapat pahala berganda di bulan Ramadhan.

3. Bulan Ramadhan sebagai masa untuk mentadabbur dan tilawah al-Quran. Ramai antara kita yang terlupa untuk menghayati dan mendalami maksud sebenar al-Quran. kita seolah-olah perlu cepat menghabiskan ayat-ayat dalam al-Quran tanpa memahaminya. berapa banyak dari kita yang menghadiri majlis khatam Al-Quran tetapi tidak dapat memahami kalau bukan semua, tetapi sebahagian maksud al-Quran? mari kita sama-sama membaca intisari ayat-ayat al-Quran yang kita baca, walaupun tidak dapat setiap patah ayat al-Quran.


3 perkara ini moga-moga saya dan kita semua dapat amalkan. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan moga-moga Allah terima amalan kita sepanjang bulan ramadhan dan dikurniakan keampunan dan taqwa dari-Nya..



3 perkara juga yang dilalui menyebabkan kami dan saya khususnya perlu lebih memanjatkan kesyukuran lantaran nikmat dan ujian yang Allah beri.. Sahabat dan saudara mengucapkan 3 tahniah kepada kami.

1. Kurniaan Allah dengan zuriat kedua kepada kami. Hanya kepada Allah sahaja kami bertawakkal, moga-moga semuanya selamat dan sihat dalam kandungan mahupun semasa dan setelah dilahirkan. Benarlah kata Dr Fairuz semasa check up kami tempoh hari, " anak-anak bukanlah pengganti, tetapi menambah" benar, anak-anak adalah aset kita, sama ada berada di dunia mahupun di akhirat.

2. Perpindahan kami ke rumah sendiri. Alhamdulillah, bagi kami, perpindahan ini adalah satu penghijrahan, moga-moga ke arah yang lebih baik. Abang pun selalu berkuliah maghrib dan subuh di USJ, moga-moga semakin mudah. Saya juga rasa lebih selesa berada di rumah sendiri. Banyak yang kami pelajari dengan membeli dan me'renovate' rumah sendiri, dari hal bank, tuan rumah dulu, membeli jubin, membeli barang-barang di toilet, dapur, sekecil-kecil paip apa yang ingin dibeli dan juga akhirnya langsir. Semuanya memerlukan penyelidikan daripada kawan, internet dan juga majalah-majalah. Apa yang kami belajar, membeli dan me'renovate' rumah ni, biarlah keluar lebih sikit asalkan puas hati'. apapun, harapan kami, moga-moga rumah ini beroleh keberkatan dan dipelihara Allah selalu, menjadi rumahku, syurgaku :)Terima kasih kepada abang yang menyediakan rumah yang best dan selesa untuk kita :)jemput kepada sahabat-sahabat dan saudara-saudara untuk datang ke rumah kami.

3. Konvokesyen Master saya pada 3 Ogos yang lepas. Lain benar perasaan konvokesyen master berbanding degree dulu. ke'excited'an suda tiada, seperti tiada perasaan. Yang ada hanyalah perasaan ingin lebih belajar dan sambung Phd, rasa banyaknya yang tak tahu lagi, rasa banyaknya amanah yang perlu dilaksanakan dengan ilmu yang ada. Gembira memang sangat gembira dengan baby pun naik atas pentas sekali, namun perasaan tersebut seperti terhilang dengan perasaan yang lain. Moga Allah mudahkan lorong menuntut ilmu dan memberi ilmu yang sedikit ini kepada ummah!


Terima kasih kepada abang, keluarga dan sahabat-sahabat yang tidak putus-putus mendoakan kami, moga-moga kalian juga beroleh kemenangan di Aidilfitri dan sentiasa mendapat perkara yang terbaik dalam hidup!

Sunday, July 18, 2010

Bulan Bertuah!




Selamat hari lahir ke 28 buat abang hari ini :) 19 Julai 2010.

moga sentiasa sihat, ceria, panjang umur dalam redhaNya dan berterusan memberi ilmu dan menuntut ilmu serta mendapat segala yang terbaik dalam hidup.

Hanya kad dan kek yang mampu diberi kali ini, tetapi yang lebih bermakna, setiap saat berkongsi hidup, itulah hadiah buat diri ini dan abang yang tiada tolok bandingnya :) moga Allah meredhai segalanya..


Bulan ini juga bulan bertuah..

4 Julai, melahirkan cahaya mata pertama Nur Fatimah, dah masuk setahun lebih rupanya, cepat masa berlalu.. Memang terbayang-bayang keletahnya apabila masuk setahun sekiranya Allah panjangkan umurnya..


22 Julai juga birthday mama.. Happy becoming birthday ma! :)


Bulan Julai juga masuk pelajar baru dan pertama kali mengajar kuliah yang berat bagi saya.. Asas Sains Fizik.. Perlu berusaha lebih menyampaikan yang terbaik buat diri yang tidak pernah belajar Fizik. Moga-moga pelajar dapat memahami dan menyampaikan yang terbaik. Lucu apabila mengenangkan pelajar yang memanggil ustazah, ada juga memanggil cik jah.

" Boleh panggil saya Puan Khadijah ye, kalau cik nanti ada pula yang terasa,saya dah kawin. Saya pun mengajar subjek sains, jadi tak perlu lah panggil ustazah :)"


" Jaga adab dengan guru, datang pada masa yang tepat dan berdisiplin dalam belajar" ingatan saya pada mereka. Sejak saya mengajar tutorial selama 4 tahun, saya dapati pelajar Falak yang pelbagai, ada yang seronok belajar, ada yang belajar kerana terpaksa, ada yang aktif dan banyak bertanya, ada juga yang kurang berdisiplin. Namun, seronok apabila melihat mereka masih meneruskan program-program falak dan mengikat adik-adik junior.

Moga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.

Ramadhan bakal menjelma, perbanyakkan puasa dan persediaan di Bulan Sya'ban, moga-moga Allah panjangkan umur kita semua merasai kelazatan beribadah di Bulan Ramadhan.. Ameen

Monday, May 31, 2010

Yaumun Nuqbah : Hari Malapetaka Umat Islam





Pulang dari check up di klinik, singgah makan di restoran berdekatan rumah. Baru sahaja selesai makan, mata tertumpu ke skrin televisyen di restoran, tv3, buletin 1.30. Suara televisyen tidak jelas kedengaran lantaran jauh dan perlahan suaranya, namun, terus berdebar jantung melihat tulisan di hadapan berita tersebut, Israel menyerang! Melihat gambaran seolah-olah serangan berlaku di atas kapal, mengiyakan kata hati, bahawa benar, Israel telah menunjukkan kezaliman, kederhakaan dan kebinatangannya apabila menyerang kapal Lifeline 4 Ghaza, konvoi kapal yang membawa ubat-ubatan, bantuan kepada penduduk Palestin di Ghaza secara aman. Terus sahaja pulang ke rumah dengan hati yang sangat tidak senang, menahan air mata dan sebak. Dalam perjalanan, sms abang, ”betul kata abang, kemungkinan Israel serang kapal dah berlaku! ” Sampai di rumah, terus buka siaran Awani di Astro dan Al-Jazeera, mengiyakan serangan dengan belasan yang terkorban. Sedih sangat-sangat.. Sedih atas pengorbanan mereka, sedih kerana kebinatangan zionis Israel laknatullah dan sedih bercampur rasa cemburu kerana tidak dapat bersama-sama mereka yang terkorban merasai syahid dan tidak dapat berada bersama membantu ummat Islam di Ghaza.

Benarlah kata abang dalam kuliahnya tempoh hari dengan tajuk Yaumun Nuqbah/ ‘Aamun Nuqbah ( Hari/Tahun Malapetaka) : “ Kapal yang belayar dalam misi kemanusiaan Lifeline 4 Ghaza sebenarnya berhadapan dengan risiko diserang oleh zionis laknatullah.” Semasa kami ke KLIA menghantar mama dan baba ke Afrika Selatan kerana program bersama masyarakat Islam di sana, kami berkesempatan bertemu dengan 11 orang rakyat Malaysia dan keluarga mereka yang mewakili NGO masing-masing ke Turki dalam misi LifeLine 4 Ghaza. Ada yang sanggup mengambil cuti sebulan tanpa gaji, ada yang telah meninggalkan wasiat kepada anak-anak dan isteri serta keluarga, mereka semua hanya membeli tiket pergi sahaja dan tidak membeIi tiket pulang, alangkah kuatnya semangat mereka untuk membantu ummat Islam di sana. Kali terakhir melihat berita pagi tadi (1 Jun 2010, Selasa) di Al-Jazeera dan Astro Awani, masih lagi tidak dapat disahkan identiti mereka yang terkorban dan anak kapal telah dibawa ke Ashdod. Menurut kuliah abang sebelum ini, terdapat sebuah penjara di sana bagi menempatkan mereka yang terlibat dengan misi ini.

Paling menyakitkan hati apabila dengan secara jelas, tentera Israel menyerang kapal yang berada di perairan antarabangsa, yang menurut undang-undang antarabangsa, mereka tiada hak untuk menyerang! Menurut Menteri di Turki, dalam siaran langsung Al-Jazeera, mengatakan bahawa Israel BERBOHONG apabila mengatakan bahawa terdapat senjata dalam kapal tersebut kerana tentera Turki telah pun memeriksa sepenuhnya kapal tersebut daripada sebarang senjata. Kapal yang diduduki seramai lebih 600 orang yang cintakan keamanan dan ingin menghantar bantuan ubatan dan pelbagai bantuan lain terdiri juga dari masyarakat Israel yang cintakan keamanan, pemenang hadiah Nobel keamanan, wartawan-wartawan, wanita dan baby berusia 3bulan! Israel masih lagi menyembunyikan identiti mereka yang terkorban kerana takut dengan kecaman dahsyat lagi dari negara-negara terlibat. Sehingga tulisan ini ditulis, berita menunjukkan, rakyat Turki, sebelum Subuh lagi telah turun ke jalanan setelah mengetahui berita tersebut. Masyarakat Jordan, Amerika di Washington, masyarakt Pakistan dan United Kingdom telah turun di jalanan menyatakan kutukan dan kecaman terhadap tindakan Israel. Kerajaan Turki telah memanggil pihak UN ’helds the emergency session’ membincangkan tentang perkara ini di Turki. Sebelum ini, Turki telah memberi amaran kepada Israel, sekiranya mereka menggunakan kekerasan tentera dan menyerang kapal-kapal tersebut, mereka tidak akan teragak-agak menurunkan tentera Turki untuk menyerang balas.

Selama 4 kali mengikuti kuliah abang dalam bulan Mei ini, abang kata memang ingin berkuliah tentang ’Aamun Nuqbah/ Yaumun Nuqbah. Terlalu banyak isi yang dapat dikutip meneliti setiap butiran kata. Saya cuba untuk membentangkan tajuk ini satu persatu walaupun tidak dapat secara detail. Yaumun Nuqbah/ Naqbah ataupun ’Aamun Nuqbah/ Naqbah merupakan hari malapetaka bagi ummat Islam kerana hari itu, 14 Mei 1948, tertubuhnya negara Haram Israel yang diiktiraf dunia dan PBB. Ianya disambut oleh seluruh ummat Islam sebagai hari malapetaka! Kita akan membincangkan tentang 4 point penting ini :-
1. Mengapa isu Palestin ini dekat di hati kita?
2. Sejarah penubuhan negara haram Israel.
3. Pengajaran ’aamun Nuqbah
4. Tanggungjawab kita terhadap Palestin

Mengapa isu Palestin dekat di hati kita?

1. Al-Aqsa merupakan kiblat pertama ummat Islam. Tempat isra’ dan mikraj Rasulullah SAW. Masjidil Aqsa merupakan tempat di mana Rasulullah SAW mendirikan solat menjadi imam bermakmumkan seluruh Rasul-Rasul sebelum baginda SAW. Al-Aqsa juga disebut dalam Al-Quran menunjukkan pentingnya kiblat pertama ummat Islam itu dipertahankan. ”Al-Aqsa adalah sebahagian dari kita, dan kita adalah sebahagian daripada Al-Aqsa.”

2. Menurut penganalisis politik, Isu Palestin merupakan ’Mothers of Conflict’ dalam dunia ketika ini. Lihatlah apa yang berlaku di dunia ketika ini. Dunia dilanda ketakutan dan kebencian yang teramat sangat kepada Israel dan Amerika sehingga ada yang meletupkan diri di mana sahaja, di New York, di Bali dan di pelbagai tempat selain Palestin, Iraq dan Afghanistan. Kita sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang meletupkan diri dan menyerang mereka yang tidak bersalah, rakyat biasa di negara tersebut kerana ada dari mereka juga tidak setuju dengan tindakan kejam Zionis Israel di Palestin, Iraq dan Afghanistan. Namun, ini menunjukkan bahawa dunia sekarang tidak akan aman selagi Israel dan Amerika tidak menghentikan kekejaman dan kebongkakakan mereka terhadap dunia Islam khususnya Palestin. Meletupkan diri di zon perang adalah dianggap syahid oleh ulama’, iaitu di Palestin, Iraq dan Afghanistan, namun tidak dibenarkan menyerang di tempat lain selain itu.

Sejarah Penubuhan Negara Haram Israel

Saya bukanlah orang yang ‘terer’ menghuraikan perihal sejarah, namun, kita boleh melihatnya secara ringkas bagaimana boleh wujudnya negara haram Israel ini. Pada tahun 1917, dalam Balfour Declaration, mengatakan bahawa Palestin merupakan negara rasmi bangsa Yahudi. Mengapa mereka mengisytiharkan perkara tersebut? Menurut sejarah, dapat dilihat bahawa masyarakat dan kerajaan Eropah tidak senang dengan keberadaan Yahudi yang berada di negara mereka. Mereka telah memikirkan tempat yang sesuai untuk diletakkan Yahudi laknatullah ini dan tempat yang paling sesuai adalah di negara Palestin lantaran mereka mahukan negara bagi memecahbelahkan ummat Islam dan mengambil kesempatan terhadap kelemahan kerajaan Islam yang ketika itu dijajah oleh kuasa besar Britiish. Selepas kejatuhan Khilafah Islamiyyah, negera-negara Arab dan negara ummat Islam telah dibahagi-bahagikan kepada negara-negara penjajah seperti kek yang dimakan rakus oleh kuasa penjajah. Palestin telah dijajah oleh British sepertimana Malaya ketika itu. Yahudi telah banyak menimbulkan masalah kepada negara Eropah dan mereka akhirnya secara rasmi, mengiktiraf Israel sebagai kerajaan dalam PBB dan itu berlaku pada 14 Mei 1948, setelah Israel melobi di PBB dan hari itu disebut sebagai Yaumun Nuqbah, hari malapetaka ummat Islam dan ia disambut setiap tahun oleh mereka yang mengetahui dan merasai.

Sebelum peristiwa Mei 1948, hanya 20% tanah yang diduduki oleh Yahudi, namun setelah persitiwa tersebut, sebanyak 78% tanah Palestin telah diduduki oleh Yahudi. Pada tahun 1936-1939, Syeikh Izzuddin Al-Qassam dan pencinta syahid telah melaksanakan penentangan nyata walaupun negara-negara Arab sekitarnya telah lumpuh. Penentangan mereka telah menyebabkan Israel hampir mengisytiharkan dharurat. Pada 1948, Hassan Al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin telah membina seramai 12,000 orang ikhwanul muslimin dan membantu tentera dan rakyat Palestin di sana. Walaupun Masyarakat Israel menafikan mereka terkesan dengan intifadah yang dilakukan oleh Hamas dan masyarakat Palestin, namun hakikatnya, jutaan ringgit mereka kerugian lantaran intifadah yang dilancarkan. Setiap kali roket Hamas yang ’kurang canggih’ dilancarkan, setiap kali itu mereka berada dalam ketakutan dan bersembunyi di bawah tanah dan takut ke tempat kerja. Penganalisis sejarah mengatakan, sekiranya para ulama’ seperti Dr yusuf Al-qardhawi mengatakan dan melancarkan intifadah yang ketiga, bukan sahaja rakyat Palestin bangkit, namun rakyat di negara-negara Arab seperti Mesir dan Jordan juga akan bangkit menentang Israel dan kerajaan mereka yang penakut dan tali barut Israel!

Pengajaran ’Aamun Nuqbah

1. Kepimpinan dunia Islam, khususnya dunia Arab telah dikuasai oleh zionis. Di Mesir, jelas menunjukkan Hosni Mubarak menghalang bantuan yang ingin disalurkan kepada rakyat Ghaza, malah membunuh mereka yang ingin mendapatkan bantuan dari dalam terowong. Ia bukan hanya menutup terowong yang disalurkan makanan di dalamnya menerusi terowong ke Ghaza, malah melepaskan gas asid yang membunuh pejuang-pejuang yang berada dalam terowong. Rakyat Mesir bukan sahaja marah kepada Israel, namun sangat marah kepada pemimpin mereka. Sudahlah demokrasi dicabuli, setiap kali pilihanraya di Mesir bakal dilaksanakan, mereka memenjara dan menangkap bakal calon pembangkang yang terdiri dari Ikhwanu Muslimin. Hanya 17% masyarakat Mesir yang turun mengundi. Demokrasi apakah itu? Begitu juga Raja Jordan, pemerintahan monarki mereka. Sekiranya di Myanmar, Amerika beriya-iya menunjukkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan demokrasi dan melawan junta Myanmar, namun, di Jordan, mereka membiarkan Raja Jordan memerintah secara monarki kerana mereka tahu, dengan berkuasanya Raja Jordan, ia adalah boneka Yahudi dan mengikut kata Israel. Begitu juga dengan PM Palestin, Mahmoud Abbas, pimpinan Fatah, mereka dengan senang memperkotak-katikkan rakyat Palestin khususnya di Ghaza. Semasa Pilihanraya terbersih 2006 menurut ketua pengawas pilihanraya ketika itu, Jimmy Carter, Hamas terus dinafikan hak memerintah Palestin walaupun menang lebih 2/3 kerusi. Rakyat Palestin tahu siapa yang bersama-sama mereka berlapar dan terbunuh kerana mempertahankan negara mereka, iaitulah pemimpin-pemimpin HAMAS. Mereka tahu, pemimpin Fatah yang apabila diberikan kepada mereka 10ringgit, mereka mengambil 9 tetapi hanya 1ringgit yang diberikan kepada rakyat Paelstin. Rakyat Palestin tahu pemimpin Fatah mempunyai rumah mewah di Jordan, setelah habis waktu pejabat, menaiki helikopter pulang ke rumah mewah mereka. Mana mereka tidak marah dengan pemimpin seperti itu?

2. Pengajaran kedua menunjukkan bahawa hanya Islam yang memberi kekuatan kepada umat Islam. Pada 1967, Perang Ramadhan ketika itu telah berjaya mengalahkan Israel ketika itu dan Intifadah kedua telah berjaya menyebabkan kerugian berjuta-juta USD Israel setiap hari! Lihat sahajalah mereka yang syahid mempertahankan maruah Islam dengan mengorbankan diri mereka untuk Islam. Jika kita di Malaysia, hari ini makan ayam, esok makan daging, lusa makan kambing, tetapi di Ghaza dan Palestin, mereka bukan sahaja tidak cukup makan, malah mereka yang sakit pun hanya menahan sakit kerana tiada ubat yang dapat diberikan. Wanita yang bersalin, kematian bayi-bayi mereka lantaran komplikasi dan ketiadaan ubat. Namun, mereka tidak pernah mahu lari dari negara tanah tumpah mereka. Mengapa? Kerana setiap hari mereka mengangkat tubuh sahabat mereka yang syahid, mereka terbau harumnya syurga, setiap kali mereka mengangkat tubuh sahabat mereka, mereka melihat syurga! Mana muingkin mereka tidak mahu berjuang mempertahankan tanah tumpah darah mereka dan maruah Islam!

Tanggungjawab kita terhadap Palestin

1. Doa dalam munajat-munajat kita. Pernah kita mendengar kata-kata Mahmud Siyam, Imam Masjidil Aqsa semasa datang ke Malaysia dahulu mengatakan dalam maksud begini : ”Kami di sana mempertahankan Al-Aqsa dengan jiwa-jiwa kami, kami harapkan doa kalian. Kalaulah kalian tidak mengingati kami dalam doa-doa kalian, kami akan serahkan kalian kepada Allah!” Sungguh, kita merasa sangat pedih di sini, sahabat-sahabat kita bertarung nyawa di sana. Setiap waktu solat, angkatlah tangan berqunut nazilah, dan bermunajatlah memohon doa. Sekiranya kita tidak dapat bersama-sama mereka di sana, harapannya, dapat bersama mereka di Jannah Firdausi, sekiranya kita tidak dapat bersama mereka, harapnya, anak zuriat kita dapat bersama-sama membantu agama Allah di sana.

2. Sumbangan kita kepada rakyat Palestin. Bagi yang bergaji tetap, peruntukkanlah sebanyak 2% darinya setiap bulan bagi memberi sumbangan kepada mereka. Boleh membuat potongan terus ke bank-bank yang menyalurkan terus ke tabung Ghaza dan Palestin seperti Yayasan Amal, Muslim Care dan Aman Palestin walaupun hanya RM10 sebulan. Lebih efektif berbuat potongan begitu lantaran keterlupaan kita.

3. Sebarkanlah maklumat dan pelbagaikan vehicle kita untuk menyebarkan maklumat. Maklumat ini bagaikan pedang. Seperti di UK, mereka telah mendapat berita terus dari dalam Ghaza sehingga mereka berdemonstrasi di hadapan BBC dan CNN kerana menyiarkan berita palsu dan propaganda jahat. Mereka telah mewujudkan siaran mereka sendiri. Mereka begitu cepat mendapat maklumat, sehingga kita lihat, mereka yang berwajah putih, berambut perang dan bermata biru inilah yang menyuarakan bantahan secara terang dan sanggup menaja misi-misi kemanusiaan malah mereka ramai yang menyertainya hatta dari ahli parlimen mereka sendiri. Sebarkanlah maklumat melalui blog, facebook, twitter dan lain-lain wasilah bagi menyebarkan tentang isu Palestin ini. Janganlah, sehingga terkena sekarang, baru kita tahu bahawa ada misi Lifeline 4 Ghaza untuk menghantar bekalan makanan. Ingin mengharapkan TV dan radio menyiarkan sepenuhnya dan membangkitkan isu ini? Tentunya kita lebih banyak melihat tayangan hiburan melebihi segalanya.

Saya hanyalah menterjemahkan dalam bentuk tulisan kebanyakan kuliah dan ceramah abang tentang Yaumun Nuqbah ini dalam blog saya, mudah-mudahan, kita mendapat maklumat yang benar dan nyata tentang apa yang berlaku. Sebarang kesilapan dalam tulisan mohon dimaafi dan diharap dapat disebarkan buat pengetahuan semua. Moga Allah menerima amal kita yang sedikit supaya dapat bersama mereka yang syahid di medan di Jannah kelak.... Amiin....

Tuesday, May 18, 2010

Balai Cerap : Peranan yang Perlu Dimajukan






" Ok, your application has been approved. Nanti abang check kalendar. Take care! :)" abg membalas sms saya untuk confirmation keizinan dari suami ke Balai Cerap Negara di Langkawi pada pertengahan Jun nanti selama seminggu. Alhamdulillah, terima kasih abang!

Sebenarnya dari dulu lagi ingin ke sana, namun hasrat terpaksa dipendamkan dek kerana masa yang tidak sesuai dan pelbagai halangan. Alhamdulillah, moga-moga mudah segala urusan ke sana dan diberi keselamatan dan jauh dari mudarat.

" Jomla datang masa weekend bang, boleh kita jalan-jalan sekali :)" dari dulu suka ajak abang pi langkawi sebab dari kecik tak pernah ke sana, masa parents pergi dulu, sedang belajar di kelantan, alamatnya, tengok gambar je lah.. Namun, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk ke sana : kewangan dan masa. Lagi-lagilah sekarang ini dalam proses penjimatan dek persiapan rumah dan masa abang yang dipenuhi oleh jadual yang padat.

Apa pun, hasrat untuk mempelajari penggunaan teleskop besar di balai cerap negara dan kegunaannya untuk mengambil data-data astronomi menyebabkan saya nekad memenuhi ajakan untuk bersama-sama ke sana.. Memasuki balai cerap negara bukanlah mudah dengan had beberapa orang sahaja. Moga-moga Allah mudahkan segala urusan di sana dan melindungi serta memelihara kami dan memberi kami kefahaman dan ilmu di sana.. Amiin..

............................................................................

Ingin berkongsi kertas kerja yang pernah dibentangkan dalam salah satu seminar di Universiti Malaya..


PERANAN INSTITUSI BALAI CERAP DALAM PEMBANGUNAN KETAMADUNAN ISLAM: SATU SOROTAN

Secara dasarnya, kertas kerja ini memberi tumpuan terhadap fungsi balai cerap sebagai sebuah institusi keilmuan astronomi mengikut citra sains Islam dan kaitannya dengan pembangunan peradaban Islam silam sehinggalah dalam konteks negara Malaysia pada masa kini. Sedemikian itu, fokus penganalisaan kertas kerja ini adalah terhadap keanjalan fungsi institusi balai cerap, faktor jatuh bangun institusi serta prospek dan masa hadapannya yang dilihat mempunyai signifikan tersendiri dalam pembangunan ketamadunan Islam mengikut pemaparan fakta sejarah dan realiti semasa. Justeru, kertas kerja ini distruktur dalam beberapa bahagian yang utama sebagaimana berikut:
1. Pengenalan
a. Astronomi dan konsep institusi balai cerap
2. Institusi balai cerap dalam rangka pembangunan ketamadunan Islam: Sorotan sejarah
a. Sebagai pusat pendidikan
b. Sebagai pusat penyelidikan
c. Simbolisme pencapaian sains dan teknologi
3. Pertumbuhan dan kemerosotan perkembangan institusi balai cerap: Satu Analisis
a. Faktor dalaman: Naungan pemerintah
b. Faktor luaran: Ketidakstabilan politik luaran
4. Cabaran dan prospek masa hadapan institusi balai cerap di Malaysia: Realiti semasa
a. Sebagai pusat dakwah
b. Sebagai pusat astro-pelancongan
5. Kesimpulan


Disediakan oleh:

Khadijah Bte Ismail
Mohd Saiful Anwar Bin Mohd Nawawi
Mohd Sallehuddin Bin Mad Yusof
Mohammaddin Bin Abdul Niri
Calon-calon Sarjana Sains di Jabatan Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya

Alamat:
Jabatan Fiqh dan Usul
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya



PERANAN INSTITUSI BALAI CERAP DALAM PEMBANGUNAN
KETAMADUNAN ISLAM: SATU SOROTAN

Abstrak
Jajahan empayar Islam dari kota Baghdad di timur, kemudian Cordova di barat, sehinggalah ke Samarqand di utara menyaksikan institusi balai cerap terbina di merata tempat lantaran dorongan oleh semangat inkuiri ilmu yang menaungi ketamadunan Islam ketika itu; diantaranya adalah Balai Cerap Shamasiyah di Baghdad, Balai Cerap al-Battani di Rakka (di Syria) dan Balai Cerap Abdul Rahman as-Sufi di Shiraz. Melewati kurun ke-21M sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi, insitusi balai cerap turut mengalami anjakan perubahan sama ada dari aspek struktur, prasarana mahupun fungsi. Di Malaysia kini, beberapa buah balai cerap moden telah didirikan seperti Balai Cerap Negara di Langkawi dan Balai Cerap al-Khwarizmi di Melaka. Mengamati perkembangan tersebut, kertas kerja ini bakal mengulas tentang peranan institusi balai cerap dalam konteks pembangunan peradaban sepanjang tamadun Islam silam dan moden dalam rangka keanjalan fungsi, faktor jatuh bangun institusi serta cabaran dan prospek masa hadapan. Justeru, berdasarkan penganalisaan yang telah dibuat, institusi balai cerap sememangnya mempunyai fungsi tersendiri untuk menyumbang kepada pembangunan ketamadunan Islam dan ia amat dipengaruhi oleh persekitaran politik umat Islam.


PENGENALAN

Astronomi merupakan bidang keilmuan tabi’i yang telah berkembang sejak sekian lama iaitu hampir di setiap tamadun silam seperti Babylon, Mesir, India, Yunani, Greek, China dan termasuklah tamadun Islam. Bidang astronomi adalah bidang pengajian dan kajian ilmu terhadap ruang angkasa serta jasad-jasad samawi dan bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Dalam ketamadunan Islam, bidang ilmu astronomi dicitrakan dalam kerangka epistemologi keilmuan Islam iaitu bersumber wahyu, rasional dan empirikal. Keutamaan aplikasinya diperingkat awal lebih terjurus dalam konteks ibadah, namun gunaannya terus berkembang sejajar dengan sistem ketamadunan yang semakin kompleks sehingga ia melahirkan lapangan ilmu yang lain seperti ilmu fizik optik, fizik mekanik, fizik atmosfera, matematik geometri dan matematik trigonometri. Lantaran itu, bidang ilmu ini cukup sinonim dengan jolokan the Queen of Sciences dan the primordial and the frontier of exact science.

Dalam realiti harian, ilmu astronomi sebenarnya telah diterap secara tidak langsung dalam kehidupan manusia iaitu tatkala manusia melihat kearah langit kemudian memerhati fenomena yang berlaku terhadap objek-objek cakerawala, selanjutnya berfikir mengenai kejadian tersebut. Proses yang berlaku terus-menerus ini menanamkan semangat inkuiri manusia untuk lebih mengetahui tentang hakikat alam langit dan kuasa disebalik hakikat tersebut. Sebelum kedatangan syariat Islam seperti dalam tamadun pra-Yunani dan Yunani misalnya, ilmu astronomi sebagai sebahagian daripada komponen ilmu tradisi lebih bersifat abstrak, mitos, generalisasi iaitu theoria dan spekulatif sebagaimana corak keilmuan pada ketika itu. Dalam era ketamadunan Islam berikutnya, ilmu astronomi serta bidang keilmuan yang lain telah direkayasa dengan identiti praktik, rasional dan empirikal yang berteraskan wahyu. Disebabkan itu, bagi memudahkan dapatan kefahaman yang lebih jitu mengenai alam langit terutamanya bagi terapan ibadah, para ilmuan Islam telah menyusun aktiviti cerapan astronomi secara sistematik antaranya adalah melalui penginstitusian tempat cerapan iaitu penubuhan institusi balai cerap disamping penciptaan instrumentasi astronomi.

PERANAN INSTITUSI BALAI CERAP DALAM RANGKA PEMBANGUNAN KETAMADUNAN ISLAM: SOROTAN SEJARAH

Institusi pertama yang telah diakui menjadi catalyst kepada pembangunan peradaban Islam adalah masjid. Sumbangan yang diberikan oleh institusi masjid terhadap perkembangan awal Islam adalah amat besar kerana pengolahan fungsinya bukan setakat sebagai tempat solat semata-mata, bahkan ia juga meliputi peranan sebagai pusat pentadbiran negara, pusat pertemuan para pemimpin masyarakat Islam, pusat penjanaan aktiviti intelektual, pusat pembangunan ekonomi, pusat kebajikan masyarakat dan pusat integrasi sosial. Dari perspektif sejarah pendidikan, fungsi masjid yang dinamik terpapar dengan peranannya sebagai sebuah perpustakaan, kompleks penyelidikan dan universiti. Bertitik tolak daripada institusi masjid, penginstitusian sistem dan prasarana intelektual umat Islam seterusnya telah dikembangkan secara mandiri dan holistik melalui pewujudan institusi-institusi lain seperti pusat terjemahan, pusat keilmuan dan pendidikan tinggi, pusat perubatan dan yang menjadi tumpuan kertas kerja ini iaitu pusat cerapan yakni institusi balai cerap. Meneliti secara mendalam, didapati terdapat tiga fungsi yang telah dimainkan oleh institusi balai cerap dalam pembangunan ketamadunan Islam silam iaitu (i) sebagai pusat pendidikan, (ii) sebagai pusat penyelidikan dan (iii) sebagai simbolisme pencapaian sains dan teknologi. Menurut Hairudin Harun, para sejarawan sains telah bersepakat bahawa tradisi sains Islam sebenarnya telah bermula di institusi balai cerap. Institusi ini bukan setakat berfungsi sebagai pusat penyelidikan, bahkan ia turut berperanan sebagai makmal, perpustakaan, tempat latihan dan universiti.

Dalam tamadun Islam silam, perkembangan institusi balai cerap banyak tertumpu di bahagian timur empayar Islam iaitu di kota Baghdad dan Damsyiq disamping terdapat juga beberapa buah di barat empayar Islam iaitu di Andalus. Secara kronologi, institusi balai cerap mula dibina dalam abad ke-9M dibawah naungan khalifah Abu Jacafar al-Ma’mun Ibn Harun (m. 833M) di sekitar kota Baghdad dan Damsyiq. Bayt al-Hikmah yang siap dibina era khalifah al-Ma’mun turut memiliki fungsi sebagai pusat cerapan astronomi. Disamping bayt al-hikmah, institusi balai cerap yang telah ditubuhkan antaranya adalah balai cerap Syamasiyah di Baghdad yang terletak dibawah kelolaan Muhammad Ibn Musa al-Khwarizmi (m. 840M), balai cerap Raqqa yang terletak di Syria diselia oleh Muhammad Ibn Jabir al-Harrani al-Battani (m. 929M) dan balai cerap cAbdul Rahman al-Sufi (m. 986M) di Shiraz.

Semasa di bawah pemerintahan Seljuk iaitu Sultan Jalal al-Din Malikshah (m. 1092M), sebuah balai cerap diraja telah dibina dan salah satu daripadanya merupakan tempat cUmar al-Khayyam (m. 1123M) membuat cerapan dan penyelidikan sehingga beliau dapat menghasilkan takwim Jalali. Pada tahun 1023M, sebuah lagi balai cerap dibina di Hamedan, Iran dibawah kendalian Ibn Sina (m. 1037M). Di awal abad yang ke-11M ini juga di kawasan Andalus, sebuah balai cerap telah dibina di Toledo yang dikendalikan oleh Abu Ishaq Ibrahim Ibn Yahya al-Naqqash al-Zarqali (m. 1087M). Hasilnya, al-Zarqali telah dapat menghasilkan sebuah buku astronomi yang cukup dikenali oleh para sarjana barat dan ia dikenali sebagai Zij Toledo. Buku ini mengandungi beberapa teori astronomi semasa dan modul-modul matematik yang telah memainkan peranan yang amat penting kepada perkembangan ilmu astronomi di dunia Barat. Disamping itu, terdapat juga institusi balai cerap yang dibina secara persendirian seperti yang dimiliki oleh Abu Muhammad Jabir Ibn Aflah (m. 1250M). Balai cerapnya dibina di menara Giralda di kawasan Seville dan ia juga dikenali sebagai The Tower of Seville.

Dalam tempoh yang selanjutnya selepas abad ke-12, empayar Islam di timur dan barat mula mengalami kemunduran dan kemerosotan dari pelbagai aspek. Disamping mempunyai konflik dalaman dan persaingan dengan empayar Islam di timur, empayar Islam Umayyah Andalus turut menghadapi ancaman daripada kebangkitan kerajaan Kristian di Eropah dibawah misi Perang Salib dan ia berlanjutan sehingga membawa kepada kejatuhan ibu kota Andalus, Cordoba ke tangan tentera Salib pada tahun 1236M. Kejatuhan tersebut sekaligus mematikan aktiviti keilmuan dan tradisi keislaman di Andalus. Di sebelah timur pula, pada tahun 1258M telah menyaksikan penjarahan kota Baghdad oleh tentera Mongol yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Abbasiyah, banyak institusi sains dan pendidikan telah musnah sekaligus menyumbang kepada kemerosotan aktiviti keilmuan umat Islam. Ironinya, setelah keruntuhan kota Baghdad di timur, perkembangan ketamadunan Islam yang berlaku dalam tempoh selanjutnya cukup mengagumkan tidak sepertimana di Andalus, kerana pengislaman orang-orang Mongol yang berlaku selepas itu telah membawa kepada pemulihan semula aktiviti keilmuan terutamanya pertumbuhan kembali institusi balai cerap walaupun sebenarnya ia tidaklah dapat mengatasi pencapaian yang telah dikecapi sebagaimana kerajaan Abbasiyah sebelum itu.

Institusi balai cerap yang pertama sekali ditubuhkan selepas kejatuhan Baghdad adalah di Maragha pada tahun 1259M. Pembinaannya adalah di bawah arahan Hulagu Khan iaitu cucu kepada Genghiz Khan diatas nasihat Nasir al-Din al-Tusi (m. 1274M). Institusi balai cerap ini dilengkapi dengan sebuah perpustakaan, berfungsi sebagai sebuah kolej dan menjadi pusat penyelidikan sains termaju ketika itu kerana ia turut dilengkapi dengan instrumentasi astronomi yang paling canggih. Sebagai sebuah pusat pendidikan, balai cerap Maragha bukan setakat menyediakan pengajian astronomi bahkan ilmu-ilmu sains tabi’i yang lain kecuali ilmu perubatan dan ia menjadi model contoh kepada pembinaan balai cerap di barat. Diantara ilmuan sains terkemuka yang pernah bertugas di balai cerap ini adalah Nasir al-Din al-Tusi, al-Abhari (m. 1265M), al-Qazwini (m. 1276M), Qutb al-Din al-Shirazi (m. 1311M) dan Ibn al-Shatir (m. 1375M) serta seorang ahli sains berbangsa China iaitu Fao-MinJi. Dalam tahun 1274M, institusi ini telah dapat menghasilkan sebuah jadual cerapan astronomi yang cukup terkenal iaitu Ilkhanid Zij. Dalam abad yang sama juga, di sebelah Afrika Utara, kerajaan Fatimiyyah dibawah pemerintahan al-Hakim turut membina balai cerap di Kaherah dan ia pernah digunakan oleh Ibn Yunus.

Dalam abad ke-15M, di Samarqand, kini di Turkestan iaitu sebuah kawasan yang terletak di utara jajahan Islam, Ulugh Beg selaku pemerintah ketika itu merupakan seorang ahli astronomi yang cukup terkenal. Minatnya yang kuat terhadap bidang astronomi telah membawa kepada pembinaan sebuah balai cerap yang canggih di Samarqand. Institusi balai cerap ini bukan setakat dilengkapi dengan pelbagai peralatan astronomi bahkan merupakan binaan yang memaparkan kecanggihan arkitek dan kejuruteraan Islam pada masa itu. Antara ilmuan sains yang pernah bertugas di balai cerap ini adalah Jamshid Ghiyath al-Din al-Kashi (m. 1429M), Qadi Zada al-Rumi (m. 1436M), cAli Qushji (m. 1474M) dan Miram Kelabi. Dalam abad ke-16 berikutnya, di Istanbul di bawah pemerintahan Sultan Uthmaniyah iaitu Sultan Murad III, beberapa buah balai cerap turut dibina dan ilmuan falak yang cukup terkenal ketika itu adalah Taqi al-Din. Malangnya, lantaran konflik politik semasa telah menyebabkan Sultan mengarahkan supaya balai cerap Istanbul tersebut dirobohkan. Berlangsungan setelah itu, pencapaian keilmuan sains khususnya pertumbuhan institusi balai cerap di jajahan Islam terus mengalami kemerosotan dan sebaliknya tradisi kecemerlangan sains ditransmisi dan diwarisi oleh Barat yang terus mengalami revolusi peningkatan.


PERTUMBUHAN DAN KEMEROSOTAN PERKEMBANGAN INSTITUSI BALAI CERAP: SATU ANALISIS

Institusi balai cerap adalah pusat aktiviti ilmu astronomi yang serba lengkap dengan kapasiti keilmuan sebagai pusat pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Sebagai salah satu komponen yang mendirikan kemajuan ilmu astronomi dan pencetus tradisi sains Islam, maka jatuh bangun intitusi balai cerap dalam kertas kerja ini bakal dikupas dalam rangka jatuh bangunnya keilmuan sains Islam itu sendiri. Penilaian berasaskan rangka ini adalah berpandu kepada kesepaduan institusi balai cerap sebagai sebahagian daripada prasarana intelektual sains. Mengupas dengan lebih lanjut berkaitan dengan hal tersebut, kemunduran sains Islam dari perspektif sejarah dapat dirumuskan dalam dua bentuk faktor iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Dalam konteks penganalisaan faktor-faktor ini, penyelidik menggunakan struktur pemikiran pseudo paradigm-shift oleh Muhyar Fanani (2007), kaedah penilaian sejarah pengetahuan tersebut pada hemat penyelidik padan untuk diaplikasi kerana ia lebih bersifat pembaikan yang mendasar terhadap subjek yang dianalisa.

Menurut Muhyar Fanani dalam dapatan kajiannya terhadap faktor-faktor kemunduran ilmu-ilmu agama khususnya ilmu Usuluddin seperti ilmu kalam, ilmu tasauf dan ilmu falsafah, konflik ilmu atau pertembungan paradigma dalam lapangan ilmu-ilmu agama Islam yang membawa kepada kemenangan suatu paradigma mengatasi yang lain tidak berlaku mengikut kerangka ilmiah yang adil dan sepatutnya sebagaimana yang disarankan oleh Thomas S. Kuhn melalui teori paradigm-shift. Sebaliknya, kejayaan sesuatu paradigma dalam ilmu-ilmu agama Islam mengatasi yang lain adalah dipengaruhi oleh faktor kuasa politik. Campur tangan kuasa politik ini telah mengakibatkan kebebasan ilmiah tertutup dan kemenangan paradigma tertentu yang didokong oleh kuasa politik belum tentu mampu dan teruji keupayaannya untuk menjawab anomali atau krisis ilmu yang dihadapi semasa itu. Sebagai penyelesaian, Muhyar Fanani menyarankan supaya dunia akademik dimasyarakatkan dan demokrasi ilmiah dalam konflik ilmu diwujudkan dengan bebas daripada campurtangan politik.

Sedemikian itu, jika diamati corak pertumbuhan dan kemerosotan keilmuan sains Islam dan infrastruktur intelektualnya termasuk institusi balai cerap sepanjang sejarah ketamadunan Islam, ia turut mengalami gejala yang serupa. Pertama, faktor dalaman iaitu naungan pemerintah. Misalnya, semasa kerajaan Umayyah Andalus memerintah dengan mazhab Hanbali sebagai mazhab rasmi kerajaan, ilmu falak dan ilmu falsafah kurang mendapat perhatian. Lantaran pandangan mazhab Hanbali yang sempit terhadap soal-soal yang berkaitan dengan ilmu falsafah dan ilmu tabi’i seperti ilmu falak, sesiapa yang mempelajari ilmu tersebut dianggap sebagai kafir zindiq oleh masyarakat dan keadaan ini berlarutan dalam suatu tempoh yang lama. Dalam tempoh yang kemudian pula, Abu Bakr Ibn Bajja (m. 1138M) seorang ahli falak yang cukup terkemuka mempunyai beberapa buah balai cerap dan dipercayai ia adalah hasil daripada hadiah daripada tokoh pembesar Islam pada ketika itu. Beberapa fakta sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, kecenderungan para pemerintah terhadap aktiviti astronomi telah membawa kepada penubuhan balai cerap di kawasan mereka. Perubahan naungan pemerintah juga sebaliknya mengakibatkan institusi ini turut diabaikan.

Kedua, faktor luaran iaitu ancaman ketidakstabilan politik luaran. Kempen Perang Salib yang akhirnya berjaya menawan kota Andalus di sebelah barat dan serangan tentera Mongol ke atas kota Baghdad di sebelah timur telah mengakibatkan kehancuran prasarana intelektual sains Islam secara ketara, walaupun wujud pemulihan semula oleh orang-orang Mongol Islam di sebelah timur selepas itu, tetapi pemulihan tersebut tidak dapat menandingi kehancuran landskap politik umat Islam secara menyeluruh kerana implikasinya turut melimpah secara langsung keatas perkembangan sosial dan ekonomi sehinggakan aktiviti saintifik dan institusi sains dalam masyarakat Islam tidak lagi dapat ditaja.

Sehubungan itu, perspektif yang dikemukakan penyelidik terhadap jatuh bangun institusi balai cerap disini dan sains Islam secara umumnya adalah dari satu sisi sahaja iaitu berlunaskan kerangka penilaian oleh Muhyar Fanani (2007). Sungguhnya, terdapat pelbagai lagi faktor lain yang berantai namun asas yang paling penting untuk disedari sebenarnya adalah semangat inkuiri ilmu para ilmuan Islam silam yang didorong oleh wahyu telah menggetus daya berijtihad dan merupakan intipati penting kepada kejayaan pembangunan ketamadunan umat Islam silam pada masa itu sama ada yang bersifat material mahupun intelektual. Semangat ini juga merupakan dinamo utama yang telah menjana penginstitusian dan pengkaedahan bidang keilmuan Islam secara sistematik termasuklah institusi balai cerap.

CABARAN DAN PROSPEK MASA HADAPAN INSTITUSI BALAI CERAP DI MALAYSIA: REALITI SEMASA

Dalam dunia masa kini, kapasiti fungsi institusi balai cerap telah berada ditahap yang semakin tinggi dan maju. Dalam ruang perkembangan instrumentasi astronomi di institusi balai cerap sepanjang ketamadunan Islam silam semuanya bercorak analog dan bukan optik contohnya instrumen yang cukup dikenali iaitu sukuan (rubuc mujayyab/quadrant) serta aktiviti cerapan dan penyelidikan astronomi silam hanya tertumpu kepada julat gelombang cahaya nampak. Kini, peralatan astronomi adalah cukup canggih dan aktiviti cerapan telah berkeupayaan untuk mencerap julat gelombang selain daripada gelombang cahaya nampak. Ini kerana setiap objek samawi mengeluarkan gelombang elektromagnet seperti gelombang radio, gelombang inframerah, gelombang ultraungu, gelombang gamma dan gelombang sinar-x; setiap julat gelombang elektromagnet ini dapat dicerap dengan menggunakan instrumentasi khas dan kaedah astronomi yang tertentu seperti melalui kaedah astrometri, spektroskopi dan fotometri. Dengan peningkatan upaya dan kapasiti ini, orientasi dan dapatan kajian oleh institusi balai cerap telah semakin berkembang dan banyak membantu manusia dalam memahami fenomena dan kejadian alam. Kajian moden yang terangkum dibawah bidang astronomi juga telah meliputi aspek kajian sains yang pelbagai seperti kajian sistem kalendar, kajian terhadap matahari dan bintang, kajian bahan antaranajam, kajian jirim hitam dan kajian atmosfera.

Di Malaysia, bidang astronomi hakikatnya masih lagi berada ditahap permulaan berbanding di negara-negara maju. Jika dilihat dari segi nisbah ahli astronomi profesional (yang memiliki sekurang-kurangnya MSc) berbanding dengan penduduk Malaysia adalah sebanyak 1: 2.8 juta penduduk, sebaliknya di Amerika Syarikat nisbah tersebut adalah pada 1: 50,000 penduduk. Dari aspek prasarana, di Malaysia hanya terdapat 7 buah institusi balai cerap termasuk yang akan dibina berbanding di negara Jepun terdapat 150 buah institusi balai cerap awam semasa ini yang dikendalikan oleh kerajaan tempatan. Institusi balai cerap yang terdapat di Malaysia adalah Balai Cerap Negara di Langkawi, Balai Cerap al-Khwarizmi di Melaka, Balai Cerap UDM di Terengganu, Balai Cerap al-Battani di Sabah, Balai Cerap Universiti Malaya dan dua buah balai cerap yang akan dibina di negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Dengan dasar kerajaan semasa yang masih lagi mengambil berat terhadap aspek pembangunan sains dan teknologi, maka institusi balai cerap yang ada perlu dimaksimakan fungsinya agar ia dapat menjadi mangkin yang menyuburkan lagi budaya keilmuan dikalangan rakyat.

Pada peringkat permulaan ini, saranan yang dikemukakan oleh Mohd Zambri Zainuddin (2007) wajar diberi perhatian. Penyelidikan astronomi di negara ini lebih baik dimulakan dengan penyelidikan astronomi yang berorientasikan ibadah. Disamping sebagai pusat penyelidikan, institusi balai cerap boleh memainkan peranan sebagai pusat yang memasyarakatkan keilmuan astronomi dikalangan rakyat sekaligus membantu penjanaan inkuiri ilmu. Berikut adalah beberapa contoh penyelidikan astronomi yang berorientasikan ibadah; Pertama, kajian kriteria kenampakan hilal. Kajian ini adalah amat penting terutama untuk menilai semula taqwim Hijriah yang berasaskan kriteria imkanur rukyah yang digunakan oleh negara-negara MABIMS (Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura). Pelaksanaan penyelidikan ini di Malaysia membabitkan koordinasi diantara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan Jabatan Mufti Negeri. Kedua, kajian kecerahan langit senja dan langit subuh. Kajian ini menggunakan peralatan yang mudah dan murah. Pemerolehan data melalui kajian ini adalah penting untuk menilai dan memantapkan lagi kriteria masuk waktu solat Isya’, waktu solat Subuh dan waktu Syuruk. Ketiga, kajian pengukuran pembiasan di ufuk. Kajian ini dilaksanakan untuk melihat sama ada nilai piawai antarabangsa boleh diterima atau tidak untuk pengiraan kedudukan bulan dan matahari. Melalui pengukuran kedudukan matahari misalnya, pemerolehan data yang lebih jitu untuk menentukan waktu masuk solat Zuhur dan waktu solat Asar dapat dilakukan.

Setelah upaya kajian ini dapat dilaksanakan, barulah usaha serius ditumpukan lagi kearah penyelidikan astronomi yang lebih kritikal iaitu mengenai kajian keatas jasad-jasad langit jauh seperti bintang, planet, nebula, quasar dan galaksi. Setara dengan usaha tersebut, penggunaan instrumentasi astronomi yang lain mesti dipelajari semahir mungkin seperti teleskop dan kamera CCD (Charge Couple Device) termasuklah juga kaedah-kaedah penyelidikan astronomi seperti astrometri, fotometri, spektroskopi dan astrofotografi. Justeru itu, dengan perancangan penyelidikan yang berperingkat ini, institusi balai cerap pasti dapat memain fungsinya memasyarakatkan keilmuan astronomi dan aktiviti saintifik dikalangan orang awam secara efektif.

Dari sisi yang lain, institusi balai cerap di Malaysia boleh mengambil manfaat daripada persekitaran masyarakat yang ada iaitu dengan usaha galakan pelancongan dalam negeri yang dilaksanakan oleh kerajaan. Institusi balai cerap dan aktiviti astronomi boleh dijadikan salah satu daripada produk pelancongan sedia ada. Secara tidak langsung, lokasi balai cerap tersebut boleh menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk dikunjungi. Ini menjadikan usaha pemugaran budaya ilmu dikalangan masyarakat menjadi lebih berkesan dan inovatif. Usaha ini yang telah dilaksanakan oleh Balai Cerap al-Khwarizmi di Melaka wajar dijadikan contoh.

Dalam perkembangan pembinaan institusi balai cerap di Malaysia, sesuatu yang amat menarik dan perlu diberi perhatian adalah aspek pengendalian institusi. Balai cerap al-Khwarizmi di Melaka, Balai Cerap al-Battani di Sabah dan dua buah balai cerap yang akan dibina di Selangor dan di Negeri Sembilan adalah terletak dibawah seliaan Jabatan Mufti Negeri. Memanfaatkan ruang ini, maka institusi balai cerap boleh memain peranan secara tidak langsung sebagai pusat dakwah setempat yang mendekatkan masyarakat awam kepada agama Islam melalui aktiviti astronomi. Selain itu, aktiviti dan pendidikan keagamaan boleh dicanangkan sebagai sebahagian daripada rangka kerja institusi balai cerap. Fungsi ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi usaha pembinaan sains Islam yang berlunaskan wahyu dan ia mampu disampaikan kepada masyarakat.


KESIMPULAN

Berasaskan sorotan ringkas sejarah ini, pertumbuhan dan pengabaian institusi balai cerap di sepanjang ketamadunan Islam ternyata amat berkait rapat dengan keadaan dan kestabilan kuasa politik umat Islam. Dari segi fungsinya, institusi ini telahpun memain peranan yang amat penting dari dahulu sehingga kini sebagai pusat penyelidikan dan pusat pengajian ilmu. Dalam realiti semasa di Malaysia, fungsinya boleh dimanfaatkan sebagai pusat dakwah setempat dan pusat astro-pelancongan sekaligus boleh membantu usaha pembudayaan ilmu dikalangan masyarakat awam. Kewujudannya dalam ketamadunan silam dan kini melambangkan nilai keintelektualan Islam dan secara tidak langsung menzahirkan kecenderungan minat para pemerintah dan masyarakat terhadap keilmuan astronomi serta bidang sains dan teknologi.

Friday, May 7, 2010

Letih..


Entah kenapa diri dilanda keletihan, dek kerana seminggu yang padat..

Di ofis, atas kerusi pun boleh tertido.. apatah lagi kalau dihulurkan bantal..

Mohon pada Allah agar diberi kekuatan memerah keringat, otak dan tenaga untuk terus segar berkongsi ilmu, menuntut ilmu dan berjihad di jalanNya dengan kemampuan yang terbatas..

Hak pada badan, perlu juga dijaga.. Supaya ibadah dan kerja dapat terasa nikmatnya..

Friday, April 16, 2010

Penghargaan Buat Semua

THE PHILOSOPHICAL AND EMPIRICAL INVESTIGATION ON MOON WIDTH AND BRIGHTNESS AND ITS RELATIONSHIP WITH CRESCENT VISIBILITY AND PREDICTION CRITERIA IN ISLAMIC CALENDAR


KHADIJAH BINTI ISMAIL


FACULTY OF SCIENCE
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR

APRIL 2010

........................................................
Abstract

The research is to investigate the use of the moon width for predicting the visibility of the lunar crescent to determine the beginning of the month in the Islamic Calendar. A review of the literature on the theoretical and practical aspects of determining the beginning of the lunar month and prediction of the visibility of the lunar crescent was carried out in this investigation. Data of moon sightings in Malaysia for 1972 to 2008 and 737 data from the International Crescent Observation Project (ICOP) was analyzed specifically for information on the moon width. Measurement on the moon width on photographs of the crescent 6 days before and after the conjunction was carried out. The photographs was recorded with a Nikon Coolpix 4500 camera attached to an ETX-70AT Auto telescope and the width was measured with Mira AP Astronomical Image Processing. It is concluded that the width of the crescent moon be adopted to augment the current Imkanur Rukyah criteria for predicting the visibility of the lunar crescent in Malaysia.

....................................................................

ACKNOWLEDGEMENT



All praises to Allah the Almighty for only His grace was this work completed.
Our beloved Rasulullah p.b.u.h for his loves to ummah.

Special thanks to my mother, Zahrah Binti Sakim, for the undivided love and support from afar. For my late father, Allahyarham Ismail Bin Ibrahim who always concern on my study until his death on 21st March 2008 when doing this master, may Allah bless you with His Forgiveness and Mercy. Special appreciation to my beloved husband, Muhd. Ramadhan Fitri Bin Ellias who always give me love, inspiration and idea in completing my dissertation.

Above all, I would like to thank my supervisors, Dr Amran Muhammad and Professor Dr. Mohd Zambri Bin Zainuddin, for always being available to give advice and encouragement, and for assisting with many hours of observing. I would like also to give my appreciation to the examiners for their advice and encouragement to correct this dissertation - Dr. Zamri Zainal Abidin and Prof. Dato’ Dr. Baharudin Yatim.

I would also like to extend my appreciation to Professor Dr. Mohd Sahar Bin Yahya, Pn. Nazhatulshima Bte Ahmad, Pn. Saedah Bte Haron, Joko Satria A, William, Hafiz and members of Makmal Fizik Angkasa University of Malaya for their guidance in completing my work, spending many hours of observation, many useful discussions and for helping me in taking and analyzing the data. None of the work described in this thesis would have been possible without them.

I also wish to thank lecturers in the Department of Science & Technology Studies, Faculty of Science, Department of Fiqh and Usul Academy of Islamic Studies, my friends, Najibah, Syazwani, Shahidra, Raihana and Nur Nafhatun and my juniors in Syariah Falak, Academy of Islamic Studies for their help in editing, discussing on my mistake in dissertation and for making everyday life less ordinary.

Last but not least, I would like to thank my brothers, Zaiskandar, Mohd Syakirin and Muhammad Saifullah and my sister, Izawati for sharing the unforgettable memories and for supporting me throughout my long education.


ALHAMDULILLAH

AMIN YARABBAL ‘ALAMIN

KHADIJAH BINTI ISMAIL

RABIUL AKHIR 1431 H

APRIL 2010
.....................................................................

Mohon perkongsian ilmu dari sesiapa sahaja..
3 tahun sebenarnya masa yang panjang, sahabat saya, Nur Nafhatun, kami 2 orang sahaja batch pertama pelajar Falak berjaya menghabiskan master tak sampai 2 tahun..
Sekarang sedang membuat phd.. doakan kami dan adik-adik Falak semua dapat menghidupkan dan berkongsi ilmu Falak ini kepada sesiapa sahaja..

Benarlah, berusaha dan berdoalah, bukan dengan kepandaian dan kebijakan (mungkin hanya 1%)kamu yang dapat membuat master phd hatta apa sahaja pun di dunia ini, tetapi dengan JIHAD , usaha dan doa sungguh-sungguh, insyAllah, Allah akan beri yang terbaik untuk kamu!

Love Is A Long Journey




Tepat pukul 3.55 petang, 14 April 2010, alhamdulillah, selamat hampir 3 tahun menulis dan membetulkan disertasi master, akhirnya dapat menghantar tesis master..

Selama 3 tahun ini jugalah pelbagai suka duka terjadi - bertunang - ayah meninggal - kahwin - menimang zuriat Nur Fatimah - Nur Fatimah pergi - ...

pelbagai perkara - namun, demi cinta, semuanya diusahakan walaupun dengan seribu satu kepayahan.. Hidup di dunia ini bukankah tempat ujian?

" Abang nak tengok Khadijah jadi pakar rujuk dalam astronomi Islam ni, belajar dan fokus!" galakan yang sentiasa tak petrnah putus dari abang.. takutnyee..

Love Is A Long Journey

Menonton cerita Love Is A Long Journey di 702 Hallmark Channel memang mengundang sebak dan gembira.. bukan apa, Ms La Haye, seorang wanita yang baru sahaja berkahwin dengan seorang lelaki yang dicintainya, susah mencari rumah dan kemudian mengandung.. tetapi kemudiannya semasa sarat mengandung, diuji dengan kepayahan rompakan.. Dia seorang yang tabah, seorang wanita Kristian, mengumpulkan ramai orang yang bekerja di ladangnya untuk mendengar bacaan Bible dari suaminya.. berhati mulia dengan agama Kristian..

Kemudian, episod yang kedua pula dia diuji pula apabila anaknya meninggal dunia, sehinggakan hubungannya bersama suami dan kawan-kawan renggang seketika dan rasa percaya pada Tuhan hambar seketika.. namun setelah diberi keyakinan tak berbelah bagi oleh ayah dan familynya, akhirnya, Ms La Haye 'hidup' gembira kembali..

Benarlah, Cinta itu adalah satu perjalanan yang jauh..

Cinta pada suami, perlu bersabar dan sentiasa mengasihi..
Cinta pada anak, perlu bersabar jua dan panjang masa untuk membesarkannya..
Cinta pada ibu ayah, perlu bersabar dan mengasihi mereka menjaga dan berbakti pada mereka..
Cinta pada ilmu, panjang lagi masanya untuk menuntut ilmu, sabar terhadap halangan-halangan yang berlaku untuk menuntut ilmu..

Cinta pada Rasulullah SAW, bersabarlah mengikut sunnah baginda..

Cinta pada Allah, bersabarlah untuk sentiasa taat pada-Nya...

Umurku Sudah Lanjut..


" Sanah Helwah Ya 'Azizati,
Abang menyayangi sayang sepenuh hati kerana Allah,
Moga bertambahlah umurmu dalam himayah rahmat dan barakah,
Mengasihi dan dikasihi Allah,
Subur ilmumu yang membunga khashyah,
Dimurahi rezeki yang menggalak sadaqah,
Dikurniakan zuriat bijak solehah,
Ditaufiq Ilahi untuk berbakti,
Semaraklah cinta kita dunia akhirah!
Salam sayang buatmu Khadijahku!"

Terima kasih abang..

Terima kasih jua buat mak, mama, keluarga, adik beradik muar dan penang, sahabat-sahabat semuanya atas ucapan yang tak ternilai harganya..

Moga doa-doa dari kalian yang menjadi bekal diri mendapat redha Ilahi dan meneruskan kehidupan dengan cemerlang!

" Abang, smua orang yang kreatif menulis lahir bulan 4, Ustaz Hasrizal, Zaid Akhtar.. Kita nak terer menulis macam diorang" :)

Harini bukan sahaja dapat ucapan hadiah dari sahabat-sahabat, bahkan dapat hadiah dari polis! diriku disaman dek kerana buat pusingan U di hadapan puncak jalil pagi tadi.. (memang salah, tapi geram juga kerana pemaju tak buat-buat jalan yang dijanjikan sebelum ni) - itu yang buat u turn je sebab nak cepat.. abang dok gelak tak abis bila cakap kena saman, gelak sebab diri tak nampak polis diseberang sedangkan dia boleh nampak masa ke tempat kerja sebelum diriku ke tempat kerja..

takpelah..

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang masih memberikan umur bagi terus berbakti.. Dengan usia begini, mohon Allah kurniakan keselamatan dan kesihatan kepada kami dan zuriat kami..
Amiinn..
Mohon teruskan doa dari keluarga dan sahabat-sahabat..

Monday, March 8, 2010

Rabi'ul Awwal yang Bersejarah




Rabi'ul Awwal, lahirnya seorang kekasih Allah,
Pembawa rahmat ke sekalian alam..


Rabi'ul Awwal juga perginya Rasul junjungan..
Membawa bersama cinta dan kasihnya kepada ummat..

Rabi'ul Awwal, perginya jua kasih seorang ayah,
Membawa bersama kebajikan dan kasihnya kepada perjuangan...


Al-Fatihah..



...................................................................

Tulisan 5 hari selepas arwah ayah pergi pada 13 Rabi'ul Awwal 1429H

Maaf kerana bahasa terlalu 'sempoi'

................................................................

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Sekarang di Muar lagi. Cyber cafe, dok ngantar emel pada lecturer, data Hilal.

Sebenarnya, takde ape yang boleh diceritakan tentang arwah ayah, tapi tak tahu kenapa hati sangat meronta-ronta untuk menulis sesuatu buat penenang hati dan merawat sedih...

Ayah hanyalah orang yang biasa, tapi semangat perjuangannya sangat luar biasa. Tak tahu nak ceritakan dari mana. Ayah pergi setelah sempat melihat kemenangan PAS di 2 DUN di Johor, negeri tanah tumpah darah dan kesayangannya.

Negeri yang sejak hampir 30 tahun ayah menyertai PAS dan bergerak aktif didalamnya. Negeri yang pernah 'mereka tak faham lagi tentang PAS' mengacukan parang bila berkempen, negeri yang orang selalu kata - kalau letak batang pisang atas tiket BN pun sure menang punye - negeri yang kebanyakannya orang Jawa (biasanya memang setia pada yang satu)!

Mungkin kemenangan 2 DUN ini lebih menggembirakan ayah dari melihat anaknya gembira dan mendapat cucu baru dua bulan lepas, kerana itulah perjuangan ayah.

Ayah seorang yang tegas pada prinsip, kalau ayah rasa itu salah, salahlah, ayah pasti akan mempertahankan pandangannya dalam mesyuarat dan dalam jemaah sendiri, demi memperbaiki, ayah tak kisah, ayah akan cakap "jangan".

Berani berkata benar. Ayah pasti akan kata - kene buat juga usrah, walaupun ada yang kata tak perlu sangat - ayah akan kata, banyakkan Ngo - walaupun orang pandang tak perlu - ayah akan kata apa yang difikirkannya benar tanpa perlu mengambil hati siapa2...!

Ayah selalu merasakan diri tak layak...

Pernah waktu Ustaz Omar (Jani), Pesuruhjaya PAS Johor meninggal dunia dahulu, arwah Ustaz Fadzil (Mohd Noor) kata anta jadilah Pesuruhjaya. Ayah kata, "ana takde ilmu, Pak Daeng (Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok) la syeikh..."

Ayah akan mementingkan jemaah lebih dari kepentingan dirinya...

Pernah ayah tanak (tidak mahu) pegang sesuatu jawatan kerana lebih mengutamakan jamaah. Biarlah ape org kata, hanya ayah dan keluarga yang mengetahuinya...

Ayah tak kisah orang copy paste dan bawak ke mana paperwork pengurusan yang dibuatnya dahulu. Asalkan untuk kebaikan semua!

Semasa lepas Maghrib waktu pengiraan undi dan dapat tahu PAS menang di DUN Sg. Abong, tempat kami anak beranak mengundi, masa tu ayah tengah rehat di bilik kerana terlalu penat, lalu bingkas bangun dan sebut Allahu Akbar!!!

Bingkas dia ambil baju kot yang dah lama ditinggalkannya dan terus ke Dewan Jubli Perak tempat mengira undi di sana dan ke markaz sehingga pukul 4 pagi baru balik rumah.

Takpe ayah, semua hasil penat lelah ayah selama ni Allah dah bagi kemenangan dengan bantuan-Nya!

Sabtu malam, lepas ayah nak sangat ke Dewan Jubli Perak ada jamuan rakyat sempena kemenangan, Pak Cik Salahudin Ayub (YB) nak jumpe borak2 dan Pak Ungku (Dr Ungku Mohd Noor - dulu Bendahari PAS Johor) nak jumpe ayah bagi ubat, tapi ayah tak larat sangat nak ke sana.

Mungkin takde jodoh ayah nak jumpe sahabat2 baiknya...

Selepas 2 majlis di rumah hari Sabtu,15 Mac lalu, ayah nampak sangat penat, tapi masih lagi ke sana ke mari.

Selalu sangat tak nak susahkan anak2. Pukul 3 pagi Isnin, mak kejutkan kami, kata ayah sakit dada, nak ke hospital.

Mak kata ayah tak kasi ikut. Ayah yang drive sendiri kereta ke hospital. Begitulah ayah, selalu sangat nak buat kerja sendiri dan tak nak susahkan sesiapa.

Akhirnya ayah masuk CCU di Hospital Muar. Barulah mak suruh datang hospital..

5 hari bersama ayah di hospital. Barulah boleh pegang lama-lama tangan ayah, baru boleh urut2 selalu kaki ayah.

Bila fikir2, bukan ayah yang sibuk juga, tapi kesibukan kami juga yang menyebabkan sangat kurang masa bersama ayah...(moga Allah ampunkan dosa2 anak
ayah ni)!

Mak cerita, rupanya2 ayah dah berjumpa dengan 'lelaki berjubah' lambai dan senyum2 pada ayah masa ayah di CCU.

Terubat juga melihat wajah jenazah ayah yang senyum dan berpeluh-peluh, semacam ayah masih ada lagi bersama kami.

Tersentuh juga bila Kak Muna cerita mimpi arwah Ustaz Fadzil (Mohd Noor) kemas2 bilik. Moga2 ayah dapat bertemu dengan arwah di sana dan jumpe dengan sahabat2 ayah dalam perjuangan.

Arwah Ustaz Fadzil dapat sambut ayah, sahabat kesayangan ayah sehingga ayah buatkan puisi utk arwah Ustaz Fadzil dan selalu sahaja sebut2 namanya.

Esoknya, Ustaz Zakaria (rakan Allahyarham - Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Bakri), mengikut ayah meninggal dunia dalam tidurnye... moga berjumpa juga di taman Firdausi..

Setelah ayah pergi, diri menahan rasa sedih, biar mak tak nampak anaknya menangis.

Sahabat2 ayah datang dari jauh dan dekat, tak putus2 sehingga hari semalam (Ahad - 23 Mac) Sabtu sehari selepas ayah meninggal.

Baru boleh nangis sepuas hati. Lebih sebak lagi bila ambil kereta ayah di Hospital Muar, masih ada lagi bahan2 PRU dalam kereta ayah...

Kepada sahabat2 ayah yang susah senang bersama ayah, memahami ayah, mempercayai ayah, terima kasih diucapkan. Kepada semua kawan2 ayah, maafkan ayah seandainya ayah ada kesalahan dan kekurangan, kepada yang masih berhutang dengan ayah, tolong bagi tahu.

Yang mendoakan ayah, yang menziarahi ayah di kala ayah hidup dan lebih2 lagi setelah ayah meninggal dunia,terima kasih tak terhingga.

Terima kasih kepada sahabat2 rumah, sahabat2 sebatch, sahabat2 seJohor dan sahabat2 Nisa' yang disayangi semua dan semuanya yang tak dapat disebut di sini atas doa, ziarah, ucapan takziah dan kasih sayang sahabat2 semua kepada kami sefamily...

Ayah, tenanglah di sana, seperti kata sahabat ayah di perkuburan, rehatlah Mail!

Pengakhiran talqin yang Ustaz Kasim baca di perkuburan diakhiri dengan 3 kali takbir, melambangkan itulah perjuangan ayah dan pengakhiran hidup ayah juga.

Ayah, kami usaha untuk sambung perjuangan ayah dan kebaikan yang banyak telah ayah buat, sebagaimana pesan sahabat2 ayah, "teruskan perjuangan ayah, contohi kebaikan yang ayah dah buat, ayah mulia kerana mendapat hamparan Jumaat kepadanya!"

Maaf atas coretan dan kata2 yang banyak kekurangan ini...

Doakan kami anak-anak ayah jadi anak soleh solehah dan mak sentiasa tabah dan sabar..

Coretan anak pejuang
dijahis khaDIJAH ISmail

Thursday, February 11, 2010

Rindu Sahabat







Awal coretan ini, teringat kisah sayangnya sahabat Rasulullah kepada Rasulullah SAW dan sayangnya Rasulullah kepada sahabat-sahabat..

Sehingga setelah wafatnya Rasulullah, Sayyidina Bilal bin Rabah tidak dapat mengalunkan azan ketika tibanya 'Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah' lantaran terlalu sebak teringatkan Rasulullah.. Rasulullah juga, tika hidupnya, amat memahami sifat dan kebiasaan sahabat-sahabat. Rasulullah apabila didatangi oleh sahabatnya Abu Bakar dan Umar, masih jua berbaring ketika menjemput mereka masuk ke rumah, namun, ketika Saidina Othman ingin masuk ke rumah, apabila ditanya siapa di luar pintu, dijawabnya 'Othman', Rasulullah bingkas bangkit dari pembaringan. ini menimbulkan cemburu dan pelik di hati ABu Bakar dan Umar lantas bertanya mengapa ketika kami sampai Rasulullah tidak bangkit dari pembaringan tetapi ketika Othman sampai Rasulullah nampak menghormatinya dan bangkit?, Rasulullah menjawab, Othman ini sangat pemalu orangnya, oleh itu aku bangkit dari pembaringan juga kerana malu padanya. Begitulah betapa faham dan hormatnya Rasulullah pada sahabat begitu juga kasihnya Rasulullah pada sahabat sehingga bersama-sama sahabat berlapar dahaga di panas terik menggali parit dalam perang khandaq, bukanlah, tabiat seperti seorang ketua yang berlagak seperti mandor!

Rindu pada sahabat memang fitrahnya insan, lebih-lebih lagi sahabat yang pernah susah senang bersama, bangun bersama dan jatuh bersama. Pada sahabat yang bersama-sama bekerja membantu agamaNya dengan kudrat yang kecil, tentulah merasa kehilangan ketika seorang sahabat tiada di sisi..

" Kita buat slide tentang seorang daie muda!" "Slide bagaimana k mas?" kita perlu gambarkan bukan mudah menjadi seorang daie muda, lebih-lebih lagi yang sedang belajar, yang ada ibu ayah yang telah tua yang perlukan perhatian kita.. dalam slide tu k mas nak kalau boleh gambarkan daie muda ni macam kamu semua, yang ada suami, yang baru ada anak-anak kecil, tapi ingin benar ingin menyumbang untuk Islam" Kalau yang baru kahwin, kita kena jaga hati mak ayah mertua, yang ada anak kecil pula perlu beri perhatian pada anak-anak, bagaimana?" panjang lebar kak mas memahamkan kami..

" You all ada anak-anak kan? Rasa selamat tak anak-anak bila keluar rumah? Kalau you all nak duduk rumah je jaga anak, then tak nak tolong Islam walau sedikit, nanti bila suasana di luar tak berubah kepada lebih baik dan Islam, anak-anak u akan selamat dengan yuo all, tapi bila keluar tak selamat juga kan? semuanya Allah yang jaga.." begitulah k mas, selalu menjentik akal supaya berfikir dan berfikir.. membantu sehabisnya terbaik dan ikut kemampuan kita untuk Islam.


Sebenarnya teramat rindu untuk bersama sahabat-sahabat dalam setiap program, namun kekadang hanya dapat membantu sedikit sahaja, sebelum program ada, semasa program tiada.. buat kerja di pertengahan jalan, sekejap datang, sekejap tidak, memang benar realiti seorang daie muda! rindu pada sahabat-sahabat!

Sunday, January 17, 2010

Gerhana Matahari Penuh Misteri?

















Pelajar, lecturers, ketua jabatan Fiqh dan Usul sedang melihat gerhana :)

Benarkah gerhana matahari penuh misteri? Pasti anda akan pelik apabila melihat telur boleh berdiri sendiri semasa gerhana tetapi tidak pada waktu lain..

Sebenarnya, pelbagai aktiviti menarik dapat dilaksanakan semasa cerapan gerhana matahari. Boleh terjadi pelbagai perkara.. Kajian terhadap matahari masih banyak lagi perlu dilakukan. Kaitan matahari dengan penduduk bumi, struktur matahari seperti korona dan sun spot serta struktur matahari yang lain masih lagi dalam peringkat kajian. Menarik apabila korona matahari dapat dilihat apabila berlakunya gerhana matahari penuh.

Sahabat-sahabat boleh melihat banyak website yang boleh menerangkan perihal matahari seperti RISE (Research Institute for Sustainable Energy) Information portal : http://www.rise.org.au/info/Res/sun/index.html. Maaf kerana tidak dapat berkongsi dengan lebih detail tentang perkara ini.

Saya hanya ingin berkongsi aktiviti yang kami lakukan di Akademi Pengajian Islam UM. Boleh juga lihat dalam website ini, ruangan remaja dalam harakahdaily :

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24289:aktiviti-bersama-remaja-falak-cerap-gerhana&catid=109:remajawanita&Itemid=151

Banyak lagi yang boleh dilakukan kajian selepas ini.. sekiranya sahabat-sahabat ada cadangan kajian apa kita boleh lakukan selain melihat telur berdiri dan melihat bayang serta cerapan gerhana matahari, bolehlah bagi cadangan :)

Thursday, January 14, 2010

Gerhana Matahari Hari Ini


Sukacita dimaklumkan bahawa Program Astronomi Islam Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam dengan kerjasama Makmal Fizik Angkasa, Fakulti Sains Universiti Malaya akan mengadakan aktiviti cerapan gerhana matahari separa dan solat sunat gerhana pada 15 Januari 2010 (Jumaat) ini. Butir –butir mengenai aktiviti ini adalah seperti berikut:


Tarikh: 15 Januari 2010 bersamaan 29 Muharram 1431H

Masa: 2.45 – 5.45pm

Tempat: Surau APIUM


Berikut adalah tentatif program:

2.45 Ketibaan peserta

3.01 Cerapan Fasa Pertama Gerhana Matahari

3.45 Solat dan Khutbah Gerhana

4.26 Cerapan Fasa Maksimum Gerhana

4.47 Solat Asar

5.38 Cerapan Fasa Terakhir Gerhana

5.45 Bersurai/ program berakhir


Semua dijemput hadir. Terima kasih.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Gerhana matahari : Menurut Pandangan Islam dan Astronomi.

Sahabat-sahabat boleh melihat artikel saya dalam kolum remaja di website harakahdaily



http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24258%3Agerhana-matahari-apa-pandangan-islam&catid=106%3Aremaja&Itemid=28

mari kita hidupkan sunnah dengan melakukan solat gerhana..

kaifiat solat gerhana :

Cara Solat Sunat Gerhana
Gerhana Penuh Matahari

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! (Solat berjemaah)

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari

أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.

i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”


ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.


Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

(Sahih Muslim 2-hlm: 81) Secara ringkasnya seperti berikut : A Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal (AllahuAkbar)serta membaca surah al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.

B. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah. 5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10.Membaca tasyahud akhir.
11.Memberi salam.

* Tiada iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
* Mana-mana surah hendaklan mengikut susunan surah dari Al-Quran
* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Khutbah Solat Gerhana :

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.


Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang. ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir. iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya. iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh : i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah. ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu. iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.


Matla’ Badrain. Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa. Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.

Sumber : wikipedia