Tuesday, December 22, 2009

Berjalan dan Mentafsir























Banyak betul ingin dikongsi, alhamdulillah, dalam 2minggu lepas, kami ke JB, Singapura dan Kuching sarawak. Kalau bukan kerana program-program, tentu tak dapat berjalan begini :)

Simposium Kebangsaan Fiqh Sains dan Teknologi pada 10-11 Disember memang sangat bermanfaat. Dapat jumpa tok guru saya dan mendengar syarahannya, Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi tentunya perkara sangat ditunggu-tunggu. Bermalam di rumah Busu (adik mak) - terima kasih!, ke rumah abang Syakirin dan Farha, jalan-jalan makan mi bandung yang sedap dan solat di Masjid Abu Bakar di JB tentunya merakam kenangan..

Sehari kemudian, ke Singapura. Abang ingin berjumpa sahabatnya, Us Munawwar, bekerja di Islamic Bank of Asia serta berjalan-jalan ke tempat-tempat tinggalan Islam dan Melayu katanya, itulah kegemaran abang, bukan ke Zoo Singapura yang ada macam-macam binatang best dan taman orkid yang cantik.. (tak dapatlah saya ke sana :p) disebabkan hanya sehari sahaja, kami hanya dapat ke 3 buah tempat, Masjid Sultan, Masjid Tertua di Singapura, ke Malay Village (semacam sudah tiada village nya, cuma ada sebagai tontonan) dan ke Maqam Habib Noh. Menariknya diceritakan tentang Habib Noh : maqamnya ingin dirobohkan untuk dibuat jalan, tetapi tak dapat-dapat dirobohkan sehingga ada seorang yang meninggal kerana jengkautnya terbalik.. wallahu a'lam benarkah cerita ini..akhirnya jalan terpaksa dibina bersebelahan dan membelok.

Pada 12 Disember, sempat ke kenduri Mahfuzah, bersama Wani dan Bonda Maryam (terasa seperti masa bujang-bujang dulu) :) abang ada program.. Moga bahagia sehingga akhir hayat dan mendapat zuriat soleh solehah..

16 Disember, kami dikejutkan dengan berita tok wan abang, ayah kepada baba meninggal pada 1 pagi, kami ke yan, kedah. Abang menjadi Imam solat jenazah kerana baba dan mama ke jordan.. Moga ruhnya dicucuri rahmat. Kami pulang semula ke KL dan ke Kuching Sarawak dapa 18 Disember.

Terima kasih kepada Akhi Syamsul kerana membawa kami dari awal sampai airport hingga pulang, berjalan-jalan. Kami berjalan kaki selama 3jam ke bandar kuching area woterfront. Perkara yang saya perhatikan, terdapat persamaan antara kuching dan singapura, jalannya sangat bersih. Singapura bersih, jalan baik dan bangunannya cantik. Jika di Malaysia, selalu sahaja ada lopak-lopak di sana-sini, tetapi di Singapura, jalan yang kami lalui sangat best.

Antara tempat yang kami lalui adalah Woterfront, tepi sungai, nampak nun di seberang adalah Bangunan Dun Sarawak, sangat cantik dan besar bagai istana (rumput karpet di hadapan Bangunan DUN diceritakan bernilai RM200 ribu, wah, boleh beli rumah sebiji), kami berjalan juga di masjid India, Masjid Kuching, Mahkamah Lama dan lain-lain lagi.. Benarlah, berjalan, memerhati dan mentafsir mampu meningkatkan pengalaman hidup, melihat negara dan negeri orang, dapat lebih memahami budaya dan sikap mereka!

Sekadar berkongsi cerita...

4 comments:

  1. salam.
    tika ke Kuching oktober lepas, sdr. shamsul jugalah yang membawa kami berjalan2 di sana selama satu hari. tempat makan yang dibawanya (yg meja kuning tu) pun sama. tepi sungai dekat perahu penambang.

    ReplyDelete
  2. Best! Jemput datang ke UK.. Singgah rumah sy yek!

    (Ninie)

    ReplyDelete
  3. salam..kenangan akak di sarawak berjalan2 di sekitar bandar kucing pd tahun 2005 sebelum kawin dengan my sister dan first time naik kapal terbang!..tp sedih tak de kamera..kenangan dalam kepala (baca:memori)..seronoknya dapat jaulah dgn zauj..semoga perjalanan dipenuhi keberkatan..amin ya rabb..

    ReplyDelete
  4. amiinn..

    thanks kak atas doa tu..

    bagus btul syamsul ni.. tak kisah pun dia bawak jalan2 sampai 2hari suntuk..

    moga Allah beri balasan yg setimpal dan dimurahkan rezeki padanya..

    ninie.. isysAllah, doakan kami pun dapat pi sana nanti..

    ReplyDelete