Gambar Ihsan Persatuan Falak Syarie Malaysia
Kejadian matahari istiwa (rembang) di atas kaabah berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei kira-kira jam 5.16 petang dan pada 16 Julai, kira-kira jam 5.28 petang (waktu Malaysia). Ketika matahari istiwa di atas Kaabah, bayang objek tegak di seluruh dunia akan memperbetulkan arah kiblat.
- Panduan menentukan arah kiblat dari satu tempat pada tarikh dan masa yang ditentukan di atas:
- Pacakkan satu tiang pada kawasan yang hendak disemak arah kiblatnya.
- Pastikan tiang berkenaan tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakannya boleh diletak sebarang pemberat yang diikat pada hujung tiang itu.
- Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung daripada sinaran matahari. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang-bayang akan jatuh ke arah timur, arah kiblat ialah bayang-bayang yang menghadap ke barat
Maaf tak dapat terangkan panjang-panjang..
kalau nak check arah kiblat sebenar dan betul terus ke Kaabah di rumah/ofis dengan mudah, jangan lupe harini, 5.16pm ok!
cume lihat tiang yang dipastikan tegak, bayang-bayang tu ke arah Barat tu adalah kiblat kita sebab ketika waktu itu, matahari tepat berada di atas Kaabah.. Mudah bukan? Jadikan alam ini panduan, Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu tidak ada yang sia-sia!
Allahu Akbar!
ReplyDeleteKak, akak dpt award, sila ke blog mas yer