Wednesday, September 9, 2009

Banyaknya Nikmat-Mu pada hamba yang kerdil






Sabda Rasulullah :

"Barangsiapa yang mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, dengan keimanan dan penuh pengharapan (diampunkan dosa2nya), diampunkan dosa2nya yang telah lalu."

Bulan yang penuh dengan keampunan, pengharapan bagi yang benar2 ikhlas mencarinya telah datang.. Bulan Ramadhan yang telah lalu mengumpulkan banyak kenangan, suka dan duka bersama dengan sahabat-sahabat, Ramadhan kali ini berlainan sekali kerana Allah telah menetapkan memberi dua title sekaligus 'isteri dan ibu', anugerah Allah yang tiada taranya. Namun, hakikat kita sebagai hamba mesti diteruskan supaya setiap ibadah yang dilaksanakan hatta menyediakan kelengkapan buat suami dan anak diniatkan hanya mengharapkan redha Allah supaya Allah menerimanya sebagai amalan buat bekalan di hari akhirat..

" Moga kita benar-benar menjadi seperti baby di akhir Ramadhan, menyambut syawal dalam keadaan fitrah suci seperti baby :)" kata saya dalam usrah bersama adik-adik dari serdang yang dengan kaya hati bertandang berusrah, membawa pelbagai makanan di rumah sehari sebelum Ramadhan, supaya saya tidak susah-susah menyediakan makanan. Nur Fatimah yang bersama-sama berusrah sambil seronok 'dinner' di atas pangkuan nampak baik sahaja apabila tidak ditinggalkan sendiri.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam Ramadhan, Ramadhan Kareem, moga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya dan benar-benar ALlah menerima ibadah kita sepanjang Ramadhan dan memberi kita hadiah pengampunan dosa-dosa kita selama ini..

Moga tak terlambat mengucapkan terima kasih juga atas doa, ucapan, ziarah setelah saya melahirkan puteri sulong, Nur Fatimah pada 4 Julai yang lepas.. Terima kasih kepada nazri yang menyiarkan cerita tentang aqiqah anak kami dengan gambar-gambar. Hanya Allah yang dapat membalasnya..

Gelagat Nur Fatimah setelah 66 hari melihat dunia dengan rahman dan rahimNya Allah banyak mencuit hati kami, benarlah, Allah pantas meletakkan kasih sayang ibu bapa kepada anak dengan secara naluri fitrah tanpa disuruh-suruh, manakala anak disuruh mentaati kedua ibu bapanya.. Saya letakkan gambar Nur Fatimah dengan pelbagai aksi :P


7 comments:

  1. alahaii.. comelnyer Nurfatimah... Semoga sihat & ceria di samping mama & abi tercinta..

    Seronok kan jd ibu..:)

    ReplyDelete
  2. Wahh..Nur Fatimah dah besor, comey.. :) Hehe..antara penawar stress adelah main ngan anak sendiri..kan? makin besar nanti makin byk ragam yg mencuit2 hati kite..nantikan kehadirannye..;)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillaah..Moga Fatimah mewarisi akhlak dan kebijaksanaan Baba n Mama dia..ameen

    ReplyDelete
  4. terima kasih semua :) memang best main2 ngan baby n jd ibu.. huda cepat2 la dapat baby :)

    thanks huda atas doa.. ameen

    ReplyDelete
  5. Xtau pulak kak dijah dah bersalin.. tahniah kak..

    ReplyDelete
  6. Kak Dijah dan ust ramadhn, liana doakan hikmah bagi kalian atas ujian kpd kesihatan nur fatimah. Apa juga takdir Allah selepas ini, insyallah mudah2an dia akan menjadi seorang bidadari di syurga Allah...amiin.

    ReplyDelete
  7. Dijah, takziah...
    ALLAH telah memilih awak & Ust utk ujian sebegini hebat pada usia muda.
    Semoga Dijah terus kuat..

    Al-Fatihah..

    ReplyDelete