Wednesday, September 30, 2009

Setahun berlalu..








12 Syawal genap setahun pernikahan kami..
Sukar untuk menggambarkan dengan perkataan isi hati ini..
Moga-moga terus subur mahabbah, mawaddah dan rahmah sehingga akhir hayat dan segalanya sentiasa ikhlas kerana-Nya jua..
moga sama-sama terus ikhlas berjihad, menuntut ilmu dan istiqomah dalam segalanya..
Nur Fatimah puteri hati mama baba, moga menjadi bintang keluarga dan agama..

15 comments:

  1. semoga nur fatimah sihat dan Allah SWT memberi kesabaran kepada ibubapanya. Ini doa kami dari sandakan, sabah..

    chegu ridhwan dan jalalilah
    hannanfarhana.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Semoga nur fatimah diberi kesembuhan..
    Ya ALLAH selamatkanlah puteri sulung dijah...
    Ameen..

    Be Strong, DIJAH!!

    ReplyDelete
  3. sabar yer kak khadijah..semua ni ujian Allah, dah tertulis dia akan kembali kepada penciptanya lebih awal dari kita..
    saya pun turut bersedih juga, w/pun tidak pernah mengenali nur fatimah secara dekat.

    ReplyDelete
  4. salam takziah, semoga redha,tabah dan kuat menerima ujian Allah...

    berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul kan... sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk Arwah Nur Fatimah...

    Yang pasti syurga dijanjikan buatnya di sana....

    ReplyDelete
  5. insyaALLAH..setiap yg berlaku pasti ada hikmah.
    La Tahzan.
    Hanya DIA yang lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.

    ReplyDelete
  6. Salam takziah..walaupun kita tidak kenal, tapi bila saya membaca berita anakanda akak pergi, saya sebagai seorang ibu terasa sangat sedih dan pilu. Saya berharap akak sekeluarga dilindungi Allah dan diberikan kesabaran dan ketakwaan utk menghadapi dugaan menggunung ini. Al Fatihah untuk Arwah Nur Fatimah

    ReplyDelete
  7. ♥ menitis air mata akak bila membaca berita pulangnya baby nur fatimah ke rahmatullah. umur nur fatimah lebih kurang umur anak kak wa.

    ♥ sedih rasanya bila ALLAH pinjamkan nur fatimah hanya selama 3 bulan dan cara pemergiaannya juga sungguh sedih. bagaimanalah rasanya kesakitan sehingga koma baby nur fatimah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir?...

    ♥ AL-FATIHAH buat nur fatimah. acik wa doakan semoga roh nur fatimah dalam kalangan penghuni2 SYURGA...

    ♥ buat khadijah dan suami, takziah kami ucapkan. banyak2kan bersabar kerana nur fatimah akan sentiasa menanti kehadiran ibu dan baba di syurga...

    ReplyDelete
  8. salam. menjadi peneroka (salik) perlu tabah.

    ReplyDelete
  9. Salam takziah buat adik dan adik iparku, ramadhan. Ingatlah semua yang berlaku ada hikmahnya. penuhilah hatimu yang dalam dengan mengingati Allah secara lafaz atau maksud, agar dapat difahami setiap hikmah bagi setiap apa yang diperbuat Allah. firman Allah:

    "IA(Allah) mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki dan sesiapa yang dikurnia hikmah maka sesungguhnya(bererti) ia telah dikurniakan kebajikan yang banyak dan tidak akan ingat melainkan orang-orang yang berfikiran".(Surah Al-Baqarah;269)

    "Bagi setiap ilmu ada ahlinya; dan setiap orang dimudahkan untuk mendapat apa yang diuntukkan baginya"(Imam Ghazali)

    Benarlah kata-kata ini kerana jika orang yang buta dan mati mata hati itu akan sentiasa menafikan sesuatu yang mereka tidak lihat dan tidak nampak.

    ReplyDelete
  10. SALAM khadijah sekelurga..
    wlpn tidk mgenali khadijah skurga, tp stiap hati yg mbca kish bb nur fatimah, pasti akn rs trsentuh..bersabarla..n sy kagum dgn keredhaan khadijah mlepaskan ank tsyg..bidadari syurga sedang menunggumu..
    Sesunnguhnya Dialah yang maha mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya..
    slm takziah dr kami skurga..mama nurul, papa hazel n bb tihani

    ReplyDelete
  11. Sesunnguhnya Dialah yang maha mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya..

    setiap sesuat pasti ada hikmahnya. ada yang mengetahui hikmahnya (sedikit atau banyak), ada yang tidah mengetahui.

    firman Allah:

    "IA(Allah) mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki dan sesiapa yang dikurnia hikmah maka sesungguhnya(bererti) ia telah dikurniakan kebajikan yang banyak dan tidak akan ingat melainkan orang-orang yang berfikiran".(Surah Al-Baqarah;269)

    ReplyDelete
  12. salam...
    moga tabah atas apa yg berlaku.setiap ujian ada hikmah disebaliknya.Allah hanya menduga orang yg benar2 Dia rasa kuat utk menghadapi ujianNya.tentu ada rahsia di sebalik ujianNya

    ReplyDelete
  13. salam ukhuwah...setiap keadaan dan dugaan yang Allah berikan pasti ada himahnya...dan Allah memberikan sesuatu ujian mengikut kemampuan...

    ingatlah...Kadang- kadang Allah hilangkan sekejap matahari. Kemudian Allah datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita menangis mencari di mana matahari. Rupanya Allah mahu hadiahkan kita pelangi yang indah. Oleh itu, alihkan pandangan kita bahawa disebalik kesedihan ada kegembiraan yang boleh kita kecapi. Dan di sebalik kesenangan, ada kesusahan yang bakal mengajar kita menjadi lebih baik.

    daripada insan yang mengkagumi keluarga ustaz ellias zakaria...

    sazmani dan Ros hidayah sulaiman..
    abunabil 09

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Djah,

    Akak turut merasakan kepiluan kalian.
    Semoga Allah menggantikan Nur Fatimah dengan 'sesuatu' yang lebih baik lagi.
    Insya Allah.
    Banyakkan bersabar ya.

    ReplyDelete