Sunday, January 17, 2010

Gerhana Matahari Penuh Misteri?

















Pelajar, lecturers, ketua jabatan Fiqh dan Usul sedang melihat gerhana :)

Benarkah gerhana matahari penuh misteri? Pasti anda akan pelik apabila melihat telur boleh berdiri sendiri semasa gerhana tetapi tidak pada waktu lain..

Sebenarnya, pelbagai aktiviti menarik dapat dilaksanakan semasa cerapan gerhana matahari. Boleh terjadi pelbagai perkara.. Kajian terhadap matahari masih banyak lagi perlu dilakukan. Kaitan matahari dengan penduduk bumi, struktur matahari seperti korona dan sun spot serta struktur matahari yang lain masih lagi dalam peringkat kajian. Menarik apabila korona matahari dapat dilihat apabila berlakunya gerhana matahari penuh.

Sahabat-sahabat boleh melihat banyak website yang boleh menerangkan perihal matahari seperti RISE (Research Institute for Sustainable Energy) Information portal : http://www.rise.org.au/info/Res/sun/index.html. Maaf kerana tidak dapat berkongsi dengan lebih detail tentang perkara ini.

Saya hanya ingin berkongsi aktiviti yang kami lakukan di Akademi Pengajian Islam UM. Boleh juga lihat dalam website ini, ruangan remaja dalam harakahdaily :

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24289:aktiviti-bersama-remaja-falak-cerap-gerhana&catid=109:remajawanita&Itemid=151

Banyak lagi yang boleh dilakukan kajian selepas ini.. sekiranya sahabat-sahabat ada cadangan kajian apa kita boleh lakukan selain melihat telur berdiri dan melihat bayang serta cerapan gerhana matahari, bolehlah bagi cadangan :)

8 comments:

  1. Salam,dijah.

    MasyaALLAH!so impressive.
    baru saya tahu seumur hidup,telur boleh berdiri waktu gerhana matahari.
    Hari tu ada tengok gak pakai sun glasses,tapi masa tu dah 5:30.dah hujung2,nak habis.

    Dijah,kawan saya tanya.
    Ada sorg kawan ni,nenek dia tak bagi kawin bulan muharram.dia suruh postpone ke bulan depan,bulan safar.
    Apa pendapat awak pasal kepercayaan mcmni?
    Kepercayaan khurafat atau ada bukti dlm ilmu falak?

    ReplyDelete
  2. setau saya, takde plak apa-apa kaitan bulan muharam dengan falak.. tapi tak pasti kalau dalam buku tajul muluk ada.. sebahagian kata tajul muluk tu tak elok, sesat, ada yg kata memang alam semesta dengan kehidupan manusia ni ada kaitan dan 'aura' tersendiri, sebab tu la tajul muluk ada membahaskannya..

    wallahu a'lam..

    ReplyDelete
  3. salam.. bout telur tu.. sy mmg buat experimen ni time gerhana.. subhanallah.. tu pu ayah yang bg tunjuk ajar.. he's chemistry teacher.

    ReplyDelete
  4. ye ke amna.. bagusla.. mudah n blh belajar banyak dengan ayah..

    ReplyDelete
  5. kat tmpt saya x dapat tengok gerhana sebab mendung...lagipun tngh mtg time tu, main jenguk2 je kluar tingkap.

    Baru tau time gerhana telur bleh berdiri tegak. Memula tengok gambar2 kat atas, pikir apa benda yang dok main susun2 telur ni...baru la tau sekarang, hehe.

    ReplyDelete
  6. salam. ijah, lain kali setiap gambar tu bagi la tajuk.. konpius tau...

    ReplyDelete
  7. salam...
    minta izin mencelah lagi... sekadar menulis..

    percaya kepada sesuatu ada 2 jenis

    1) percaya pertama - percaya wujud atau tidak 'sesuatu perkara' itu di alam ini.
    2) percaya kedua - berpegang di dalam hati (amalan hati) bahawa sesuatu selain Allah berkuasa (boleh memberi bekas).

    percaya yg pertama (1) adalah amalan zahir yang tidak menyalahi akidah asalkan tidak diamalkan oleh hati umpamanya makan ubat, penyakit sembuh. ia tidak salah dari segi syariat dan boleh dikaji akan kebenarannya.

    samaada benar atau tidak bahawa jika makan ubat, penyakit sembuh secara asbab (alamiah), tidak menjadi persoalan kerana ia bukan akidah. hanya amalan zahir (syariat).haram menjadi amalan batin/hati(sbb ubat tak memberi bekas, dalam aqidah tauhid. dan letaknya pegangan tauhid ialah di dalam hati).

    percaya yang ke dua (2) - sekiranya percaya dan mensabitkan di dalam hati bhw 'sesuatu' memberi bekas, barulah jatuh haram.

    walaupun saintis membuktikan secara disiplin sains bhw makan panadol sakit hilang, ia hanya boleh dijadikan amalan zahir. jika hati mengamalkan kepercayaan tsb, barulah jatuh syirik.

    rasanya kalo sesiapa nak kaji, boleh la kaji pakai alat pengesan aura ker... dsb. sbb dalam alam ini terdapat berbagai bagai aura dan gelombang. contohnya bulan ada sinar alpha dan boleh dikesan dengan alat pengesan sinaran alpha (kalau salah tolon betulkan..hehe...) ia mmg boleh dikaji.

    antara yang telah dikaji oleh saintis zaman ini ialah peredaran bulan boleh mempengaruhi emosi seseorang.

    firman Allah, "sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, dan pertukaram pada siang dan malam, terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bagi ulul albab."

    sekian maaf kalo panjang sangat... tgh boring neh takde koje..

    ReplyDelete