'Aidil Adha - setelah bersalin
Alhamdulillah, sempat juga merangka sesuatu setelah bercuti melahirkan. Setelah lama tidak menulis, rasa hampir berkarat dan teragak-agak untuk menulis. Namun, rasa ingin berkongsi kepada sahabat-sahabat yang tidak jemu-jemu bertanya, akhirnya keluarlah juga posting ini. Tidak tahu ingin memulakan dari mana, hanya kesyukuran dapat dipanjatkan atas kurniaan Allah yang tidak jemu-jemu memberi kepada hamba-Nya. Moga pemberian zuriat ini dapat menambahkan lagi kesyukuran kita pada-Nya, semakin menjadi insan yang lebih bersyukur dan menambah amal serta keikhlasan pada-Nya. Marilah belajar dari pengalaman kerana segala sesuatu yang Allah berikan tentunya mempunyai hikmah dan 1001 pengajaran darinya.
Biarlah gambar-gambar ini yang 'bercakap' :)
Takziah kepada abang dan kak yang anak ke-4 meninggal dunuia ketika usia baru 5 hari..bersalin sebulan lebih selepas saya bersalin. mg bertemu di jannah!
Alhamdulillah, tahniah atas kelahiran anak tersayang. Semoga ibu dan baby semuanya sihat walafiat.
ReplyDeleteTahniah Kak Dijah~!! =) alhamdulillah, besarnya nikmat ujian Tuhan.
ReplyDeletealhamdulillah :) terima kasih semua.. mohon doa.
ReplyDeleteTahniah, Dijah. Really happy for you. Allah ambil yang baik & gantikan dengan yg baik juga =)
ReplyDeleteGambar yg last tu muka dijah nampak berseri2 sangat =)
Alhamdulillah, terima kasih azreena :) Allah Maha Memberi dan Maha Penyayang.. Mg sentiasa sihat, selamat dan soleh..
ReplyDeleteTahniah...ana tumpang kegembiraan enti. :)
ReplyDelete